Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dr Jue Kongsi Petua Kesihatan Buat Pesakit Diabetes - "Pertama Sekali Berhenti Ambil Gula"

Pengasas D'Jue Wellness itu juga telah membantu lebih 4,000 pesakit kronik untuk pulih melalui kaedah pemakanan sihat dan gaya hidup seimbang.

Cover image via Dr Jue (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, Malaysia mempunyai jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes yang tertinggi di Asia dan kedua tertinggi di dunia selepas Arab Saudi

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mendapati peratusan pesakit diabetes di Malaysia meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019.

Peningkatan bilangan angka bagi kes diabetes itu amat membimbangkan disebabkan hampir empat juta penduduk negara ini menghidap diabetes.

Walau bagaimanapun, seorang pesakit diabetes yang menghidap penyakit itu belasan tahun berkongsi pengalaman luar biasanya dalam merawat penyakit kroniknya tanpa perlu bergantung kepada ubat dan insulin. 

Ustaz Wan Hamidi Wan Mat mendedahkan dirinya telah mengalami pelbagai komplikasi akibat diabetes, termasuk serangan jantung, strok, masalah mata, serta kerosakan saraf pada kaki dan tangan.

Ustaz Wan Hamidi (kiri) dan Dr Jue.

Image via Dr Jue

"Saya mula menghidap diabetes disebabkan faktor genetik. Ayah, datuk nenek saya semua ada diabetes, jadi ia mungkin tidak dapat dielakkan.

"Saya telah bertahun-tahun mengambil ubat, insulin, malah pernah menjalani pelbagai rawatan di hospital kerana komplikasi daripada penyakit ini," kongsi Ustaz Wan Hamidi.

Keadaan Ustaz Wan Hamidi semakin memburuk apabila beliau diserang Covid-19 pada waktu pandemik, yang menyebabkan dirinya hampir ditidurkan akibat komplikasi serius.

Setelah mengalami serangan jantung, menjalani rawatan belon jantung, dan mengalami masalah mata yang memerlukan rawatan berulang kali sehingga beliau mendapati tiada penyelesaian jangka panjang untuk masalahnya.

Segalanya berubah apabila Ustaz Wan Hamidi bertemu dengan Dr Jue dari D'Jue Wellness

Ustaz Wan Hamidi (kiri) dan Dr Jue.

Image via Dr Jue

"Saya pada mulanya ragu-ragu apabila Dr Jue menyarankan agar saya berhenti mengambil insulin. Namun, setelah melalui sesi kaunseling dan memahami bagaimana diabetes berlaku serta cara mengawalnya, saya mula mengikuti nasihat beliau," ujarnya.

Dr Jue mencadangkan Ustaz Wan Hamidi mengikuti protokol kesihatan yang ketat, termasuk berpuasa, mengurangkan gula, mengelakkan protein haiwan, dan mengamalkan protein tumbuhan.

Dalam pada itu, Dr Jue juga mengesyorkan kepadanya tentang kaedah memasak nasi dicampur minyak kelapa dara lalu menyimpan nasi dalam peti ais selama 12 jam sebelum dimakan.

"Selepas mengikuti protokol tersebut, saya berhenti mengambil segala ubat dan insulin sepenuhnya. Bacaan gula darah saya yang dahulunya tinggi, kini berada pada tahap normal, malah doktor terkejut dengan perubahan ini," katanya. 

Malah, dalam masa sebulan sahaja, Ustaz Wan Hamidi memberitahu bacaan HbA1c miliknya turun kepada 5.7 dan ia merupakan satu pencapaian yang mengagumkan.

D'Jue Wellness telah membantu lebih 4,000 pesakit kronik untuk pulih melalui kaedah pemakanan sihat dan gaya hidup seimbang

Sejak 2018, Dr Jue yang juga pengasas kepada D'Jue Wellness berkata, ketika ini terdapat seramai 300 lebih pesakit yang masih memerlukan khidmat nasihat beliau dan masih dalam proses 'pemulihan'.

Selain itu, Dr Jue juga sebenarnya dia sendiri pernah menghadapi penyakit kronik dan berjaya sembuh sepenuhnya melalui perubahan diet yang ketat, sebelum menubuhkan pusat kesihatan tersebut.

Kini, ramai pesakit yang beralih kepada D'Jue Wellness sebagai alternatif kepada rawatan ubat-ubatan konvensional.

Image via Dr Jue

Menurut Dr Jue, D'Jue Wellness mempunyai pelbagai produk kesihatan yang baik untuk para pesakit selain mengikuti protokol yang ditetapkan oleh beliau sendiri.

Antara produk yang sering mendapat perhatian ramai adalah seperti Boolet (minyak kelapa MCT), i-Flush, Latto, Juevive, tepung kelapa, tepung barli dan banyak lagi untuk kebaikan para pesakit,"
kongsinya.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan rawatan alternatif D'Jue Wellness boleh hubungi 011-16329674 atau layari www.drjuemall.com.my!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment