Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Drama Korea Ini Ajar Teknik 'Butterfly Hug', Cara Berkesan Kawal Emosi & Rawat Trauma!

Setiap orang boleh mempraktikkan teknik ini ketika mengalami tekanan atau marah, sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak, untuk menstabilkan semula emosi.

Cover image via Asia Wiki

Buat penggemar tegar K-Drama pasti tahu tentang satu drama yang sedang hype sekarang ini iaitu It’s Okay to Not Be Okay

Drama yang sedang ditayangkan di laman penstriman video Netflix dan dibintangi gandingan hebat, Kim Soo-hyun dan Seo Ye-ji, itu mengangkat isu kesihatan mental dengan sentuhan berunsur romantis di dalamnya.

Image via Asia Wiki

Drama Korea ini mengisahkan seorang lelaki yang bekerja di wad psikiatri serta seorang wanita yang mempunyai gangguan keperibadian antisosial akibat trauma sejak kecil dan juga merupakan seorang pengarang buku cerita kanak-kanak yang popular.

Image via All Kpop

Menariknya drama ini, dalam episod kedua, ia turut diselitnya satu teknik menenangkan diri yang dinamakan 'Butterfly Hug'. Kaedah ini ditonjolkan dalam satu babak dinama watak lakonan Kim Soo-hyun sedang cuba menenangkan Seo Ye-ji yang sedang marah dan mempunyai niat untuk mencederakan orang lain.

Image via Asia Wiki

Bukan itu sahaja, teknik self-healing ini turut diamalkan watak abang Kim Soo-hyun yang menghidap autisme ketika dia sedang cemas atau dalam kerisauan.

Teknik pelukan rama-rama ini sebenarnya telah diperkenalkan oleh dua orang pengamal kesihatan, Lucina Artigas dan Ignaceo Jarero, pada tahun 1998 untuk mangsa taufan Pauline di Mexico

Tujuan 'Butterfly Hug' ini adalah untuk menenangkan keadaan mental mangsa terutamanya ketika berada dalam suasana yang tidak tenteram.

Disebabkan teknik ini berjaya, ia kemudiannya telah diperkembangkan oleh ahli terapi sebagai penghilang gangguan kecemasan, terutama bagi mereka yang telah mengalami kejadian traumatik.

Image via Asia Wiki

Menurut laman Wild Tree, halaman yang membincangkan psikoterapi, teknik penenang ini bukan sahaja sangat mudah dibuat, malah ia boleh dilakukan sendiri. Caranya;

  • Pertama, silangkan kedua tangan di dada. 
  • Kemudian tepuk kedua tangan seperti gaya kepakan kupu-kupu.

Image via Asia Wiki

Image via Asia Wiki

  • Gerakan tersebut dilakukan sambil menarik nafas dan menghembuskannya secara perlahan-lahan.
  • Lakukanlah gerakan tersebut berulang-ulang kali sehingga rasa gelisah hilang dan fikiran kembali tenang. 

Image via Asia Wiki

Setiap orang boleh mempraktikkan teknik ini ketika mengalami tekanan atau marah, sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak, untuk menstabilkan semula emosi. Ini bermakna, pelukan rama-rama bukan hanya untuk mereka yang mengalami gangguan psikiatri sahaja.

Walau bagaimanapun, teknik ini tidak digalakkan sebagai pengganti kepada terapi. Buat mereka yang mengalami serangan panik dan gangguan mental secara berkala, adalah disarankan untuk berjumpa pakar untuk mendapatkan pertolongan lebih lanjut.

Siapa lagi yang tengah tengok drama It's Okay Not To Be Okay?

Image via Tumblr

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment