"Jangan Salah Awek" - Dua Gadis Berbaju Sama Di McD Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Entah perasan ke tidak ya owner tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebanyakan perempuan yang sukakan fesyen dilihat memang mengikut trend
Iyalah, harga yang murah dan selesa dipakai itu telah menarik minat ramai. Tambahan lagi, banyak baju yang cantik-cantik boleh didapati melalui Shopee, Lazada atau aplikasi pembelian baju yang lain.
Namun begitu, kebiasaannya ramai yang mempunyai baju yang sama. Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan dua orang gadis memakai baju yang sama itu telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pakai jenis baju yang sama corak dengan gadis lain
Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi rakaman berada di McD yang tidak dikenal pasti lokasinya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kelihatan dua orang gadis memakai baju yang sama corak. Kedua-dua gadis itu mungkin tidak perasan antara satu sama lain kerana dipisahkan dengan papan pesanan makanan saja.
Lebih melucukan lagi apabila situasi ini mengundang pelbagai reaksi netizen.
Image via @pak_muss (TikTok)
Image via @pak_muss (TikTok)
"Bro kau tengok betul betul takut salah girlfriend kang" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.1M tontonan, 106K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan memberi pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @pak_muss (TikTok)
Image via @pak_muss (TikTok)
Image via @pak_muss (TikTok)
Image via @pak_muss (TikTok)
Hmm, payah lah macam ni, semua nak sama je. Nasib dia tak perasan ke buat bodoh je tu :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment