Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

FIFA Iktiraf Allahyarham 'Super Mokh' Penjaring Gol Terbanyak Di Dunia Sepanjang Zaman

Diiktiraf sebagai penjaring ketiga terbanyak di pentas antarabangsa.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, kali ini menerusi ciapan yang dimuat naik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Twitter menerusi senarai individu dengan jumlah jaringan gol terbanyak

Image via Berita Harian

Legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sebenarnya pernah memegang gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman satu ketika dulu.

Berdasarkan beberapa statistik yang melaporkan mengenai jumlah jaringan gol antarabangsa, Mokhtar yang lebih dikenali sebagai 'Super Mokh' meledak 89 gol dalam 142 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.

Pencapaian 89 gol itu dilakar sehingga tahun 1991, sebelum Mokhtar menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun sama.

Berdasarkan rekod berkenaan, Mokhtar berjaya memintas pencapaian legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan.

Menerusi ciapan yang dimuat naik berkenaan, pemain legenda Selangor itu dinamakan sebagai individu dengan jumlah jaringan ketiga terbanyak dalam sejarah FIFA dengan 89 jaringan

Mendahului Mokhtar ialah Ali Daei dari Iran dan Cristiano Ronaldo dari Portugal masing-masing dengan 109 jaringan.

Ali Daei (kiri) dan Cristiano Ronaldo (kanan) masing-masing memegang rekod 109 jaringan.

Image via Ace Football

Nama-nama lagenda lain termasuk Pele (77 jaringan) dan Lionel Messi (75 jaringan), dengan masing-masing berada di kedudukan yang ketujuh dan kesembilan.

Mokhtar yang dikenali sebagai 'Supermokh' bermain untuk pasukan Selangor dari 1972 hingga 1987 dan mewakili Malaysia dari tahun 1972 hingga 1985.

Image via @FIFAcom (Twitter)

Jaringan 89 gol itu disumbangkan beliau menerusi 142 perlawanan antarabangsa dan menyumbang kepada peningkatan kedudukan pasukan negara ke kedudukan 61 dunia.

Beliau meninggal dunia pada Julai 1991 akibat penyakit neuron motor (MND), bagaimanapun punca kematiannya dirahsiakan selama 19 tahun apabila ia dilaporkan menerusi dokumentari yang disiarkan saluran National Geographic pada Ogos 2010.

Apapun, rekod Super Mokh ini sememangnya perlu menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, semoga rekod ini terus kekal sepanjang zaman!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment