Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Founder Bulan Bintang Ajak Customer 'Tebuk' Stok Untuk Periksa Kualiti Baju Melayu Sendiri

Fuh pelanggan sendiri datang warehouse buat QC ya. Terbaik!

Cover image via @meripergibulat (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada tahun lepas, jenama Bulan Bintang tidak terlepas daripada menerima komen daripada pembeli yang kurang berpuas hati dengan kualiti penghasilan baju melayu mereka

Sampaikan ada yang menyifatkan pengiklanan jenama saja yang gempak tetapi hasil ‘indah khabar daripada rupa.’

Walau bagaimanapun, pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi tampil membuat kelainan apabila menjemput sembilan individu ke ‘Private Viewing Session’ untuk melihat sendiri Baju Melayu Bulan Bintang 2024.

Menurut Azzim, tetamu yang hadir itu adalah dalam kalangan pembeli, bekas pembeli dan bukan peminat Bulan Bintang.

"Fuh, pertama kali dalam sejarah aku buat benda ini. Tak pernah lagi aku buat perjumpaan face to face dengan customer, bekas customer, bekas customer to be dan even haters aku (kot).

"Semalam, aku jemput 9 orang tetamu istimewa datang ke Private Viewing Session untuk tengok sendiri barang Bulan Bintang 2024. Aku biarkan mereka pergi ambik kotak baju di rak dan inspect sendiri," kongsinya di Instagram.

Tambah Azzim lagi, tujuan dia membuat sesi itu untuk memberi kebebasan kepada individu-individu tersebut untuk memeriksa sendiri kualiti produk sampai puas hati.

"Kalau tak buat macam ini, risau netizen kata aku hanya promosi barang-barang yang elok, pre selected dan dah rancang sahaja," ujarnya

Hampir 99 peratus daripada mereka memberikan maklum balas yang positif

"Alhamdulillah, aku dan team sangat-sangat gembira bila dengar sendiri feedback tentang baju melayu tahun 2024. Kami terima 99% positive feedbacks daripada yang datang semalam.

"Tetamu yang datang semalam sangat suka dengan kualiti kain baru yang kami guna, kualiti jahitan yang semakin halus dan kemas dan ada beberapa features baru yang kami introduce untuk tahun 2024 ini. Ada yang terus beli 2 hingga 3 pasang terus," kongsi usahawan muda yang berumur 27 tahun itu.

Wow tak sabar pula nak tengok macam mana kualiti baju melayu Bulan Bintang nanti. Admin sendiri pun nak pergi try kalau macam ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment