Fourkay Gold, Syarikat Pembelian Emas Gadaian & Terpakai Patuh Syariah Pertama Di Malaysia
Fourkay Gold juga bakal menambah perkhidmatan penjualan emas terpakai pada bulan Mac tahun ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Fourkay Gold Sdn Bhd milik 100% bumiputera yang ditubuhkan pada tahun 2023 kini menjadi syarikat pembelian emas gadaian dan emas terpakai patuh syariah yang pertama di Malaysia
Sijil Pematuhan Syariah daripada Elzar Shariah Solution and Advisory yang diketuai oleh figura kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abdul Rahman itu setelah melalui proses semakan, penambahbaikan terhadap proses dan kontrak dilaksanakan.
Ketua Pegawai Operasi Fourkay, Puteri Ainsyah Quraisha Jamalus berkata, pengiktirafan ini bukan sahaja memperkukuhkan kepercayaan pelanggan, tetapi juga menunjukkan usaha berterusan Fourkay Gold dalam memastikan setiap aspek pengurusan dalam perniagaan adalah telus, berintegriti dan mematuhi prinsip syariah.
"Tujuan utama syarikat kami memastikan perniagaan yang dijalankan perlu ada pensijilan patuh syariah adalah bagi membina kepercayaan dan keberkatan dalam urus niaga emas.
"Kami juga memastikan setiap pelanggan tidak terjerat dengan penipuan jual beli emas mahupun scammer, lebih-lebih lagi urus niaga kami memfokuskan pembelian emas gadaian dan terpakai, termasuk ancaman penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab serta isu keselamatan yang timbul apabila berurusan dengan pihak yang tidak berdaftar atau yang tidak memiliki kredibiliti sebagai syarikat yang sah," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya Marriot Hotel baru-baru ini.
Image via @fourkaygold (Instagram)
Tambahnya lagi, pelanggan boleh menjual emas gadaian dengan menghubungi pihaknya dan selepas persetujuan dilakukan, pihak Fourkay Gold bersama pelanggan akan ke pusat gadaian untuk proses pembelian.
"Kami membeli emas gadaian dan terpakai mengikut kadar harga semasa dan ia akan dilebur dan seterusnya pihak kami akan menjualnya kepada kilang untuk diproses.
"Kami tidak tertakluk kepada jenis dan kuantiti emas, asalkan ianya emas tidak kira berapa gram, kami terima, bagi yang ingin mejual emas terpakai, pelanggan perlulah membawa resit pembelian emas bertujuan memastikan ianya benar-benar milik pelanggan tersebut dan bukannya emas curi atau sebaliknya," katanya.
"Fourkay Gold merupakan syarikat pembelian emas gadaian dan terpakai pertama yang memohon sijil patuh syariah di agensi kami" - Ketua Pegawai Eksekutif Elzar Shariah Solution and Advisory, Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Jelas beliau lagi, banyak syarikat perkhidmatan, perbankan, restoran dan banyak lagi yang memohon pensijilan ini, namun dalam industri jual beli emas, Fourkay Gold adalah yang pertama.
“Dalam jual beli emas ini, bukan sahaja wajib ada akad jual beli namun proses dibelakangnya juga perlu mematuhi syariah bagi mengelakkan riba, itu paling utama dan perlu dielakkan bagi memastikan keberkatan dalam urus niaga,” jelasnya.
Image via @fourkaygold (Instagram)
Image via @fourkaygold (Instagram)
Fourkay Gold juga bakal menambah perkhidmatan penjualan emas terpakai pada bulan Mac tahun ini.
"Ramai yang meminta kami menjual emas terpakai (pre-loved gold) kerana ianya lebih murah tanpa upah emas, dan kami bercadang akan menambah perkhidmatan ini bagi membuka peluang orang ramai membeli emas," kongsi Puteri Ainsyah Quraisha.
Syarikat ini juga beroperasi di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Nilai, Seremban, Senawang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuala Terengganu.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.fourkaygold.com atau hubungi talian 018-2805567.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment