“Kakak Mimpi Aku Accident Maut” - Mimpi Bagai Kenyataan, Gadis Hampir Mati Kereta Terbalik
Mangsa dan teman lelaki telah terselamat daripada kemalangan ngeri tersebut hanya kerana mereka memakai tali pinggang keledar.
Jangan ambil mudah tentang pemakaian tali pinggang keledar. Kenapa?
Menurut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), keselamatan nyawa pengguna jalan raya terjamin 60% apabila mereka menggunakan tali pinggang keledar ketika memandu dan menjadi penumpang.
Alat keselamatan itu juga turut berkesan untuk mengurangkan risiko kematian dan berfungsi untuk menahan penumpang agar tidak tercampak keluar kenderaan jika terdapat momentum yang menghentak kuat semasa kemalangan.
Image via Perak Today
Ketua Pengarah MIROS, Prof Dr Wong Shaw Voon turut berkata bahawa sikap orang ramai yang menganggap pemakaian tali pinggang keledar sebagai hal yang remeh adalah penyumbang utama kepada peningkatan kadar kematian akibat kemalangan.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter iaitu Bella Khan telah berkongsi pengalamannya bersama teman lelaki yang hampir maut selepas terlibat dalam satu kemalangan maut
Namun begitu, mereka berdua telah terselamat kerana masih memakai alat keselamatan iaitu tali pinggang keledar.
Memang tidak disangka. Kalau lihat kembali keadaan kereta yang telah terbalik, rasanya macam tidak akan selamat tanpa memakai tali pinggang keledar.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Kejadian telah berlaku di lebuhraya NKVE menghala ke Shah Alam-Klang pada petang 23 Februari
Kereta memang total lost. Terpusing dan terbalik di jalan raya.
"Terima kasih Ya allah sebab masih berikan peluang untuk berubah..."
Menurut mangsa, dia juga telah menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran dan peringatan buat diri sendiri yang sering lalai.
Tiga minggu sebelum kejadian, kakak mangsa telah bermimpi sesuatu buruk bakal terjadi kepadanya...
Bukan setakat itu sahaja, ramai juga pengguna Twitter yang lain turut membalas tweet tersebut dengan pengalaman mereka sendiri ketika terselamat dengan pemakaian seatbelt
Kesimpulannya, jangan pernah naik kereta TANPA memakai tali pinggang keledar ya. Untuk keselamatan diri sendiri juga.
Berita terkini hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment