"Be Smart People!" - Gadis Dedah Cara Hilangkan Masalah Jerawat Dengan Hanya RM5. Wow!
Dalam masa setahun sahaja, kulit Nana beransur pulih dan kini lebih cantik!
Semua orang, baik perempuan mahupun lelaki inginkan kulit wajah yang bersih, licin, lagi cantik
Namun begitu, buat golongan anak muda, masalah kulit seperti jerawat dan breakout adalah antara masalah yang selalu dihidapi mereka sekali gus boleh menyebabkan keyakinan diri untuk merudum jatuh.
Untuk nampak cantik pula, ramai yang sanggup menghabiskan wang Ringgit yang banyak demi membeli produk kecantikan dan skincare yang terbaik walhal sebenarnya ada cara yang lebih efektif yang boleh digunakan. Paling penting, jauh lebih murah!
Baru-baru ini seorang gadis telah berkongsikan tips mudah lagi murah untuk hilangkan masalah jerawat. Caranya? Kena bijak!
Dalam satu perkongsikan di laman Twitter, gadis bernama Nana menyatakan dia berjaya menyelesaikan masalah jerawat yang dihadapinya dengan kos serendah RM5!
Mengakui mengalami masalah kulit semenjak berusia 14 tahun lagi, jerawat yang tumbuh bukan hanya pada muka sahaja tetapi seluruh badannya terutama di bahagian belakang badan, dada, serta bahu.
Image via Tribun News
Tidak mengeluarkan kos yang tinggi dalam proses pemulihan kulitnya, Nana hanya menggunakan khidmat yang disediakan oleh klinik kesihatan, yang seterusnya dilanjutkan kepada pakar kulit.
Dia hanya membayar RM5 sahaja untuk setiap konsultasi dan mendapat ubat-ubatan yang diberikan pakar secara percuma!
Baca perkongsian penuh langkah-langkah yang diambil oleh Nana dalam bentuk thread Twitter di bawah:
Image via Twitter @Naahatta
Image via Twitter @Naahatta
Image via Twitter @Naahatta
Langkah-langkahnya:
Image via Twitter @Naahatta
Paling penting, jangan cakap ada masalah kulit sebab ada alahan!
Image via Twitter @Naahatta
Lihat muka Nana dahulu dan yang terkini. Menakjubkan bukan?
Image via Twitter @Naahatta
Lagi perkongsian menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment