Gadis Ini Terkejut Bekas Kekasih Datang Melamar, Padahal Ada Keluarga Dia Tak Suka Dirinya
Tak sangka jodoh dia bekas kekasih sendiri.
Pasti ramai di luar sana yang mula menjauhkan diri daripada bekas kekasih selepas putus cinta bukan?
Ada di antaranya sehingga menyekat nombor telefon dan semua akaun media sosial milik bekas kekasih sebagai langkah untuk move on.
Namun, ada juga yang masih berhubung sebagai rakan supaya tidak memutuskan ikatan perkenalan yang sudah terjalin lama.
Begitulah kisah mengenai seorang gadis apabila bekas teman lelakinya kembali untuk mengajaknya berkahwin.
Image via Web24 News
Tetap mahu kembali bersama walaupun ada ahli keluarga yang tidak suka
Menerusi video perkongsian di TikTok, gadis berkenaan mendedahkan dia telah dilamar oleh bekas teman lelakinya dengan sebentuk cincin dalam sebuah majlis.
Malah, gadis tersebut sendiri tidak menyangka dengan lamaran tersebut kerana ada sesetengah ahli keluarga lelaki berkenaan tidak merestui hubungan cinta mereka.
Namun atas dasar cinta, bakal suaminya itu telah memasang niat untuk tetap menikahi gadis tersebut dan mahu menjaganya sebaik mungkin.
Dah 3 tahun putus, tiba-tiba bekas kekasih datang kembali ajak nikah
Sehingga kini video berkenaan telah mendapat 1.5 juta tontonan, 201.4k likes dan 6936 comments.
Bagaimanapun, gadis itu kelihatan terharu setelah menerima lamaran daripada lelaki tersebut.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi ucapan tahniah kepada pasangan tersebut dan berkongsi kisah mereka
Image via @nadiatur_rizki (TikTok)
Image via @nadiatur_rizki (TikTok)
Image via @nadiatur_rizki (TikTok)
Image via @nadiatur_rizki (TikTok)
Image via @nadiatur_rizki (TikTok)
Image via @nadiatur_rizki (TikTok)
Image via @nadiatur_rizki (TikTok)
Image via @nadiatur_rizki (TikTok)
Cantik perancangan yang Allah SWT aturkan. Kalau dia jodoh kita memang tak ke mana :)
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment