Gadis Kongsi Barang Keperluan Majlis Tunang 'Bajet Friendly' Bawah RM600 Ini Curi Tumpuan
Dah lah cantik, murah pula tu!
Majlis tunang semestinya memerlukan pelbagai persiapan bukan?
Sesetengah orang mengadakan majlis tunang secara kecil-kecilan, sebab itu barang keperluan yang disediakan juga tidak begitu banyak. Semuanya bergantung kepada jumlah jemputan itu.
Baru-baru ini, tular perkongsian di Twitter yang memaparkan seorang gadis menghabiskan bawah RM600 untuk majlis tunangnya telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh di bawah:
Image via @najihahshahrel (Twitter)
Segala kelengkapan seperti baju, bunga tangan dan veil tak cecah RM600
Ramai yang menyarankan agar majlis tunang dibuat secara kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan-rakan terdekat. Perkara itu disebabkan majlis nikah dan sanding juga memerlukan sejumlah wang untuk dibelanjakan.
Gadis yang dikenali sebagai Najihah ini berkongsi bagaimana untuk mengurangkan bajet majlisnya. Jom baca di bawah!
1. Baju kebaya sulam (RM99.99)
Image via Shopee
Kebaya sulam yang cantik ini memang sesuai untuk dijadikan baju tunang. Kain yang selesa dan design yang elegant ini sesuai untuk siapa yang sukakan gorgeous look!
"Worth it walaupun harga dah tukar. Jahitan kemas and kain tak panas. Tak tebal, tak nipis. Just nice."
"I am 55kg, 167cm. I pakai size M. I tak alter pun.", katanya.
Beli di sini.
2. Shawl (RM35)
Image via Shopee
Image via @najihahshahrel (Twitter)
Shawl yang dipakai oleh Najihah juga dibeli dari Shopee. Harganya murah dan berkualiti ini memang menjadi pilihan ramai.
"I beli from this seller sebab banyak review bagus and kualiti pun nice", katanya.
Beli di sini.
3. Dried hand bouquet (RM49.90)
Image via @najihahshahrel (Twitter)
Bunga tangan jenis dried ini memang senang nak jaga dan senang nak pegang. Tidak mudah tercabut juga. Kalau tema majlis anda lebih kepada rustic, memang sesuai!
"Mine in Jingle Red. I suka sangat sebab tak tercabut cabut and also, warna pop up and theme sesuai dengan my pelamin", katanya.
Beli di sini.
4. Pelamin (RM400)
Image via @mila_pelaminmini (Instagram)
Sangat sesuai untuk diletakkan di dalam rumah. Banyak lagi tema yang boleh didapatkan melalui Instagram mereka.
"Cantik sangat. The details were amazing, siap letak lighting ye dekat bawah tu.
Kerusi boleh duduk 3 orang", katanya.
Pesan di sini. (Shah Alam, Banting, Puchong, Subang, PJ, Klang, Putrajaya)
Untuk makanan pula, dia berkongsi hanya perlukan RM10 untuk seorang makan
Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi sesiapa yang nak bertunang tu! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment