Gadis Cantik Ini Dilahirkan Dengan 12 Jari Tangan & 12 Jari Kaki. Uniknya!
Menurut Zara, kesemua jarinya, termasuk jari tambahan itu berfungsi dengan baik kerana mempunyai tulang, saraf, malah kuku pada jari tambahannya turut tumbuh dengan normal.
Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter, seorang gadis dilahirkan dengan 12 jari tangan dan 12 jari kaki
Dhiva Caezara atau lebih mesra disapa Zara yang berasal dari Semarang, Jawa Tengah ini dilahirkan unik dengan simptom polidaktili yang menyebabkan dia mempunyai 12 jari tangan dan 12 jari kaki.
Image via Twitter @anxiethyst
Image via Twitter @anxiethyst
Image via Twitter @anxiethyst
Image via Twitter @anxiethyst
Menurut Zara, kesemua jarinya, termasuk jari tambahan itu berfungsi dengan baik kerana mempunyai tulang, saraf, malah kuku pada jari tambahannya turut tumbuh dengan normal.
Tambah Zara lagi, ibu bapanya pernah berniat untuk membuang jari tambahannya itu ketika dia masih bayi namun mengubah fikiran setelah mendapat nasihat daripada doktor, yang mana dikhuatiri boleh menjejaskan fungsi jari-jari lain kerana jari tambahannya itu turut mempunyai saraf yang bersambung dengan anggota badannya yang lain.
Ekoran tularnya tweet tersebut, ramai netizen yang menghantar mesej peribadi kepada gadis terbabit bertanyakan beberapa soalan tentang simptomnya
Lanjutan perkara itu juga, Zara telah membuat satu rangkaian tweet menjawab pertanyaan yang diberikan kepadanya.
Image via Twitter @anxiethyst
Image via Twitter @anxiethyst
Mengakui pernah dibuli kerana jari tambahannya itu, Zara kini lebih bangga dengan keunikan dirinya bahkan turut menasihati orang ramai yang berasa malu dengan diri sendiri bahawa perkara pertama yang diperlukan adalah penerimaan terhadap diri sendiri, di samping tidak mengendahkan ejekan orang ramai.
Daripada situ barulah seseorang itu akan berasa lebih yakin dengan dirinya bahkan akan tampil dengan lebih kuat serta bangga dengan keunikan diri masing-masing kerana penampilan fizikal tidak seharusnya menentukan kualiti seseorang.
Image via Twitter @anxiethyst
Ramai netizen yang terpukau malah telah meluahkan rasa kagum mereka terhadap Zara
Image via Twitter @anxiethyst
Image via Twitter @anxiethyst
Susulan daripada tweet itu juga, ramai netizen yang tampil menunjukkan jari lebih masing-masing. Menariknya!
Image via Twitter @anxiethyst
Image via Twitter @anxiethyst
Polidaktili bermaksud lebihan jari yang juga dikenali sebagai hiperdaktili iaitu penyimpangan kongenital fizikal pada manusia, anjing dan kucing
Image via Google
Polidaktili ialah jari tambahan pada jari biasa. Kadang-kadang ia mengandungi tulang tanpa sendi dan jarang dijumpai dalam keadaan yang sempurna dan boleh berfungsi seperti jari biasa.
Polidaktili boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti genetik, mutasi, jumlah ganjil kromosom dan diwarisi daripada generasi keluarga. Insiden polidaktili dilaporkan berlaku satu dalam setiap 3,000 kelahiran.
Lagi perkongsian terkini di SAYS Seismik:
Leave a comment