Gagal Bayar Hutang Lebih RM1 Juta, Rumah & 4 Kenderaan Milik Datuk Vida Habis Disita
Difahamkan, perintah sita itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kediaman dan empat kenderaan milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida disita selepas beliau gagal melunaskan hutang lebih RM1 juta
Menurut laporan Berita Harian, perintah sita itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas beliau tidak membayar hutang berjumlah RM1,060,285 daripada kontraktor yang dilantik bagi pengubahsuaian sebuah kilang di Shah Alam menjadi studio.
Bailif Mahkamah Tinggi Ipoh yang ditemani peguam Samir Zainal dan wakil subkontraktor, Mohamad Taufik Kamarul, tiba di kediaman Datuk Vida di Persiaran Bukit Meru pada 9 pagi semalam, 25 November 2024.
Walau bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan masuk sekitar 10.30 pagi selepas kakitangan beliau tiba.
Image via Property Guru Malaysia
Menurut Samir, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman pada 29 Oktober 2023 yang memerintahkan Datuk Vida menyelesaikan hutang itu dan jika gagal berbuat demikian, writ rampasan dan penjualan kemudiannya akan dikeluarkan.
"Semua barang di dalam rumah, kecuali bilik berkunci Vida, sudah ditandakan oleh bailif selepas hampir empat jam.
"Dia mempunyai tempoh dua minggu sehingga 9 Disember ini untuk menjelaskan hutang atau jika tidak, barang-barang itu akan dilelong," katanya.
Proses sitaan itu dijalankan dengan kerjasama penuh daripada kakitangan Datuk Vida
Samir turut memberitahu kakitangan Hazmiza memaklumkan usahawan kosmetik itu kini berada di China dan akan menghubungi beliau tidak lama lagi.
Sementara itu, Mohamad Taufik berkata dia menuntut hutang itu sejak 2018 apabila Datuk Vida mengupah firma perunding pengubahsuaian yang kemudian melantiknya secara subkontrak bagi perkhidmatan ubahsuai terbabit.
Menurutnya, pihak mereka tidak menerima bayaran kerana usahawan itu gagal membuat pembayaran kepada firma perunding berkenaan yang menyebabkan beliau memfailkan kes muflis terhadap firma terbabit.
Image via Berita Harian
Sementara itu, Datuk Vida berharap supaya diberi ruang untuk menangani perkara itu dengan tenang dan profesional
"Saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan.
"Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang," katanya.
Image via @datoserivida (Instagram)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment