Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gaji Minimum RM1,700 Berkuat Kuasa Mulai Esok, Manfaatkan 4.37 Juta Pekerja

Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja, tarikh kuat kuasa akan bermula pada 1 Ogos ini.

Cover image via NST Mediacorp

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penguatkuasaan kadar gaji minimum baharu bakal memanfaatkan 4.37 juta pekerja berkuat kuasa esok dengan kadar RM1,700 berbanding dengan sebelum ini RM1,500

Menerusi laporan Berita Harian, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memberitahu kuat kuasaan gaji minimum baharu itu ditetapkan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih serta majikan menjalankan suatu aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan berkenaan.

Tarikh kuat kuasa bermula pada 1 Ogos akan diberikan kepada majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja untuk memastikan mereka diberi tempoh mencukupi melakukan penyesuaian dalam struktur gaji dan operasi syarikat.

"Langkah ini bakal memanfaatkan 4.37 juta pekerja selaras dengan agenda Ekonomi MADANI yang menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta inklusif.

"Ia juga sejajar dengan komitmen kerajaan untuk 'Menaikkan Lantai' ekonomi negara dengan meningkatkan kuasa beli yang seterusnya dapat menambah baik kualiti hidup rakyat," kata organisasi itu.

Image via Berita Harian

Kegagalan mematuhi Perintah Gaji Minimum baharu adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan denda seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732)

Menurut KESUMA, majikan diwajibkan mematuhi Perintah Gaji Minimum dalam memastikan pekerja menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.

"Bagi memastikan peralihan ini dapat berjalan lancar, KESUMA menyediakan beberapa inisiatif sokongan kepada majikan dan pekerja, termasuk menyediakan saluran aduan dan pemantauan bagi pekerja yang menghadapi ketidakpatuhan menerusi menerusi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak.

"KESUMA juga bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memberi panduan dan bantuan kepada syarikat yang memerlukan penyesuaian dalam struktur gaji.

"Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum ini merupakan pendekatan besar KESUMA dalam meningkatkan pendapatan kaum pekerja selain pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan usaha merancakkan latihan kemahiran sebagai kaedah meningkatkan keberhasilan dan gaji pekerja.

"Dengan pelaksanaan yang berkesan, bukan sahaja pendekatan ini dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

KESUMA memberi peringatan kepada majikan supaya tidak menjadikan penguatkuasaan ini sebagai penanda aras gaji permulaan untuk semua pekerja khususnya fresh graduate dan pekerja perlu diberi gaji setimpal dengan kemahiran

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment