Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gambar Adik Syukor & Kerbau Dari Terengganu Ini Dinobat Pemenang Anugerah Fotografi Dunia

Syukor tidak hanya berkawan dengan kerbau bahkan turut melayan dan bergurau senda dengan kambing, lembu, angsa, burung umpama 'kawan sekolah'.

Cover image via SIPA Contest

Tular di laman sosial gambar seorang pelajar bersama beberapa ekor kerbau yang dikatakan memenangi anugerah gambar terbaik dunia dan juara peringkat Asia

Gambar tersebut sebenarnya telah diambil oleh jurugambar profesional, Mohd Nazri Sulaiman yang diberi nama Sharing Emotions atau Berkongsi Emosi

Image via SIPA Contest

Pada tahun 2018, anugerah fotografi antarabangsa berprestij, Siena International Photo Awards telah menerima 48,000 penyertaan dari 156 buah negara dan gambar Sharing Emotions telah mendapat Anugerah Istimewa bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik.

Bukan itu sahaja, gambar tersebut turut mendapat penganugerahan oleh Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori Manusia/Jalanan (Street/People).

Menurut jurugambar, Nazri Sulaiman, remaja lelaki yang bernama Syukor itu merupakan seorang pelajar di SMK Padang Midin di Kuala Terengganu, Terengganu

Syukor dan kambingnya, Bo.

Image via Facebook Nazri Sulaiman

Difahamkan kerbau di dalam gambar itu merupakan kerbau peliharaan ayah pelajar lelaki tersebut.

Tambah Nazri lagi, Syukor tidak hanya berkawan dengan kerbau bahkan turut melayan dan bergurau senda dengan kambing, lembu, angsa, burung umpama 'kawan sekolah'.

Nazri yang amat terpesona dengan persahabatan itu berkata, selama dia berkecimpung dalam dunia fotografi, dia tidak pernah dalam hidupnya menjumpai seorang budak yang boleh berkawan dengan 70-80 ekor kerbau dalam satu masa. Bahkan, haiwan-haiwan itu masing-masing mempunyai nama tersendiri.

Baca posting penuh Nazri di bawah:

Gambar tersebut bukan sahaja mendapat perhatian netizen bahkan Mufti Wilayah Persekutuan turut kagum dengan gambar Syukor dan kerbaunya itu

Datuk Seri Dr. Zulkifli dalam laman Facebook miliknya bukan sahaja telah mengucapkan syabas diatas kejayaan gambar tersebut di samping telah menyifatkan gambar-gambar itu sebagai berjaya menzahirkan maksud mendalam hubungan antara seorang remaja lelaki dan kerbaunya.

Image via Facebook Mufti Wilayah Persekutuan

Pada masa sama, gambar itu juga mampu menunjukkan rasa tenang, gembira dan damai yang mana sukar ditafsirkan melalui harta benda tetapi hanya boleh ditonjolkan melalui perasaan kasih sayang dan rahmat.

"Sesungguhnya kehidupan dinilai dengan perasaan yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah sebagai tanda kebesaran ayat Tuhan dalam membina keluarga seperti yang termaktub dalam surah Ar-Rum ayat 21," katanya.

Lagi gambar-gambar menarik adik Syukor bersama haiwan-haiwan peliharaannya oleh seorang lagi jurugambar profesional Dallah Deen

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment