"Masih Terkawal" - Ramai Mula Bekerja, Ini Beberapa Gambar Keadaan Stesen LRT Susulan PKPB
Kakitangan Rapid KL akan terlebih dahulu mengambil suhu badan penumpang sebelum dibenarkan untuk menaiki tren tersebut.
Pengangkutan awam seperti transit aliran massa (MRT) dan transit aliran ringan (LRT) telah kembali beroperasi susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini, 4 Mei
Oleh yang demikian, kakitangan awam dan swasta yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan tersebut untuk ke tempat kerja diwajibkan mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan, antaranya termasuklah penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri.
Image via Twitter @MyRapidKL
Semalam, 3 Mei, akaun Twitter rasmi @MyRapidKL telah memuat naik beberapa gambar memaparkan sedikit gambaran situasi yang bakal dilalui penumpang ketika menggunakan perkhidmatan tren demi memastikan adanya amalan social distancing di dalam pengangkutan awam berkenaan.
Image via Twitter @MyRapidKL
Image via Twitter @MyRapidKL
Image via Twitter @MyRapidKL
Image via Twitter @MyRapidKL
Pagi tadi, sekali lagi @MyRapidKL telah berkongsikan beberapa gambar memaparkan keadaan sebenar yang berlaku di beberapa buah stesen LRT lanjutan pelaksanaan PKPB
Menurut akaun Twitter tersebut, gambar-gambar yang dimuat naik adalah berdasarkan suasana sekitar di sebuah stesen LRT seawal pukul 7.30 pagi.
Kakitangan Rapid KL akan terlebih dahulu mengambil suhu badan penumpang sebelum dibenarkan untuk menaiki tren tersebut.
Image via Twitter @MyRapidKL
Image via Twitter @MyRapidKL
Bukan itu sahaja, atas permintaan ramai, akaun @MyRapidKL turut berkongsikan gambar suasana sekitar stesen LRT Masjid Jamek ketika waktu puncak iaitu di antara pukul 8-9 pagi tadi.
Meskipun ramai penumpang, namun keadaan tetap terkawal lebih-lebih lagi dengan adanya staf Rapid KL serta polis bantuan yang sentiasa memantau keadaan tren.
Image via Twitter @MyRapidKL
Image via Twitter @MyRapidKL
Menerusi satu tweet, Rapid KL turut mengucapkan terima kasih kepada para penumpang kerana mematuhi arahan yang dikeluarkan syarikat pengangkutan awam terbabit
Selain mengamalkan social distancing, orang ramai juga mematuhi arahan pemakaian face mask di samping rela menunggu tren ekoran masa perjalanan akan lebih lama dari biasa kerana hanya sebilangan sahaja penumpang yang dibenarkan masuk dan bergerak ke platform pada satu masa.
Di bawah adalah langkah kawalan pergerakan yang dikeluarkan RapidKL serta jadual kekerapan tren pada bulan Ramadan ini:
Image via Twitter @MyRapidKL
Image via Twitter @MyRapidKL
Semoga kita sama-sama dapat menjayakan norma baharu ini. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!
Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:
Leave a comment