Disalah Erti Pusat Pelacuran, Spa Muslimah Di Kelantan Disimbah Cat & Dilabel ‘Spa Haram’
Kita seharusnya berbuat baik sesama manusia.
Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Namun begitu, setiap orang pasti mempunyai definisi cantik masing-masing.
Kalau dilihat sekarang dengan lambakan produk kecantikan di pasaran dari segi penjagaan kulit dan juga barang solekan menunjukkan pentingnya seorang wanita untuk tampil menarik demi kepuasan diri sendiri.
Malah, ada juga wanita yang sering ke spa untuk memudahkan proses menjaga kecantikan mereka. Tambahan pula dengan adanya spa muslimah yang kini sangat memudahkan.
Image via Wanista
Bagaimanapun, tidak semua tempat boleh terima kewujudan spa muslimah ini
Tular di media sosial mengenai sebuah spa muslimah dipercayai di Kelantan yang menerima nasib malang apabila menjadi mangsa vandalisme pihak yang tidak bertanggungjwab.
Satu perkongsian oleh pengguna Twitter iaitu melayu baru menunjukkan spa tersebut disimbah cat merah dan diconteng dengan tulisan 'spa haram'.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 3.2 ribu ulang kicau serta hampir 2 ribu tanda suka.
Susulan itu, netizen meluahkan rasa kesal mereka terhadap perbuatan tersebut
Dalam pada itu, ada juga yang menyangkal dakwaan yang mengatakan kononnya vandalisme itu dilakukan oleh 'pejuang Islam'
Betul juga apa yang dikatakan netizen itu, kita tidak tahu siapa yang bertanggungjawab maka tidak eloklah terus menuding jari. Nanti takut pula sesal di kemudian hari.
Apa-apapun, kita seharuslah belajar daripada insiden ini dan berbuat baik sesama manusia. Spread love not hate!
Image via Giphy
Banyak juga kes vandalisme yang sering kita baca:
Leave a comment