Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Gelagat Budak Nak Keluar Main Tapi Kena Paksa Solat Dulu - "Akak Dulu Pun Macam Ni Dik"

Nak kesian tapi lawak.

Cover image via @hamizahnorizan (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, kadangkala zaman kanak-kanak merupakan masa yang kita semua ingin ulang semula

Iyalah, masa kecil adalah waktu kita hanya bermain dan seronok bersama kawan-kawan tanpa memikirkan masalah yang rumit.

Namun, tular pula sebuah video di laman TikTok ini memaparkan gelagat seorang budak perempuan yang tidak dapat bermain dengan kawan kerana disuruh solat oleh ibunya mencuit hati ramai.

Image via @hamizahnorizan (TikTok)

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hamizahnorizan, kelihatan budak perempuan itu sedang solat sambil menangis.

Dia dilihat membaca surah dengan suara yang teresak-esak. Rupa-rupanya, dia disuruh solat terlebih dahulu sebelum keluar bermain.

Ibunya yang merakam gelagat si anak hanya mampu tergelak. "Bila kawan-kawan lain dah siap solat tapi dia baru terkedek-kedek nak solat. Semoga jadi anak solehah kakak," katanya.

Image via @hamizahnorizan (TikTok)

Susulan tularnya video berkenaan, netizen turut terhibur dengan gelagat budak perempuan itu dan ada yang dapat relate semasa zaman mereka kecil dulu

Lihat video itu di bawah:

Tak apa dik, lepas solat boleh main dengan tenang :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment