Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Gelar Orang Melayu Malas, Wanita Berketurunan Kemboja Ini Tampil Mohon Maaf

Betul lah orang dulu kata adab tak boleh dibeli.

Cover image via mariyahholdings (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecoh beberapa hari ini mengenai seorang usahawan wanita yang mengakui dirinya berketurunan Kemboja dikenali sebagai Madame Mariyah tampil mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan kenyataan sensitif mengenai masyarakat Melayu

Kenyataan itu telah menyebabkan dirinya dikecam hebat kerana mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.

"Ya memang saya orang Kemboja dan apa kena mengena saya orang Kemboja dengan orang Malaysia? Saya memang orang Kemboja, dilahirkan di sana tetapi dibesarkan di Malaysia.

"Kalau orang Kemboja memang pandai meniaga dan orang Kemboja memang rajin. Nak dibandingkan dengan orang Melayu, malas,"
katanya.

Tampil mohon maaf setelah dikecam hebat oleh rakyat Malaysia

Menerusi video yang dimuat naik @mariyahholdings, Mariyah memaklumkan dia juga memaafkan mereka yang mengeluarkan kata-kata negatif kepadanya dan memilih untuk mencari ketenangan diri.

"Saya minta maaf atas kekhilafan saya bercakap dan kalau anda rasa itu adalah penghinaan saya minta maaf sekali lagi banyak-banyak.

"Saya pun maafkan you all semua atas apa yang anda komen dalam live saya yang mahu boikot dan sebagainya, saya maafkan sebab saya nak jadi orang yang berlapang dada.

"Saya tak pernah koyak. Saya hanya akan koyak bila Allah tak pandang saya dan Allah tak reda dengan saya, ingat itu sahabat,"
jelasnya.

Image via @mariyahholdings (TikTok)

Tambahan lagi, ada individu yang meminta supaya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil tindakan terhadap usahawan yang berniaga di Johor itu

Menerusi video yang tular baru-baru ini yang berdurasi satu minit itu, Mariyah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tunku Ismail atau dikenali sebagai TMJ kerana memberi keizinan untuk dirinya menjalankan perniagaan di Johor.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor. Patik terlalu sedih. Terima kasih Tunku. Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor.

“Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai orang lagi Tunku. Terima kasih sangat-sangat,” katanya.

Difahamkan, pihak polis telah menerima 14 laporan berhubung video tular usahawan terbabit.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment