Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[GEMPAR] Doktor Kesan Pemalsuan Keputusan Ujian Covid-19 Oleh Para Pekerja Subkontraktor

Tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh mengakibatkan lonjakan kes positif baru.

Cover image via Malaysiakini Klinik SP Care

Sebuah klinik swasta di Rawang membuat laporan polis selepas mendakwa terdapat pemalsuan pada keputusan Covid-19 yang dijalankan oleh pihaknya

Pengasas SP Care, Dr Sathia Prakash Nadarajan.

Image via Malaysiakini

Menurut laporan, Pengasas SP Care, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, mereka mengenal pasti hampir 20 kes pemalsuan keputusan Covid-19.

Kliniknya mula membuat ujian ujian Covid-19 sejak awal April lalu.

"Setiap kali, kami buat ujian Covid-19 terhadap seorang individu, keputusannya akan disalin dalam bentuk dokumen yang mempunyai maklumat individu serta nombor rujukan dari klinik kami.

"Setiap individu mempunyai mempunyai nombor rujukan berbeza.

"Namun, sejak kebelakangan ini kami mendapati terdapat pemalsuan dokumen, di mana beberapa pihak tidak bertanggungjawab memalsukan (tukar) nama individu dalam dokumen keputusan Covid-19," katanya.

Telah dua kali membuat laporan kepada polis iaitu pada bulan Jun lalu dan minggu lepas

Image via Malaysiakini

Jelas, tindakan tidak bertanggungjawab itu boleh mengakibatkan lonjakan kes positif baru.

"Pemalsuan keputusan Covid-19 sangat serius dan angka kes positif boleh melonjak akibat tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh beberapa pihak.

"Kami harap, kerajaan memberi perhatian khusus terhadap isu ini," katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak pasti ia angkara pihak mana namun beliau percaya dokumen kliniknya itu dipalsukan membabitkan pekerja-pekerja dari syarikat subkontraktor yang berurusan dengan kerajaan atau swasta.

"Kebanyakan masa syarikat-syarikat ini diminta untuk membuat ujian kepada semua pekerja. Tetapi, syarikat itu hanya membuat ujian terhadap beberapa orang sahaja.

"Seterusnya, memalsukan dokumen asal dengan memasukkan nama pekerja yang lain yang tidak membuat ujian. Dengan ini mereka mengurangkan kos ujian Covid-19," katanya.

Ambil inisiatif sendiri mencipta sistem kod QR khas untuk mengelak pemalsuan keputusan

"Setiap ujian dibuat di klinik kami akan akan disertakan dengan kod QR khas dalam kertas keputusan.

"Pihak yang ingin memeriksa keputusan individu tersebut, hanya perlu imbas kod dan memasukkan nombor MyKad atau pasport individu yang membuat ujian serta nombor rujukan dari klinik kami untuk mengetahui keputusannya.

"Dengan adanya kod QR, keputusan itu tidak boleh dipalsukan," ujarnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment