Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Giliran Lee Zii Jia Hadiahkan Pingat Gangsa Olimpik Paris 2024 Yang Kedua Buat Malaysia

Tahniah dan syabas LZJ!

Cover image via REUTERS

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemain perseorangan badminton nombor satu negara, Lee Zii Jia menebus kekecewaan gagal mara ke final Sukan Olimpik 2024 di Paris apabila menghadiahkan pingat kedua buat negara hari ini

Kejayaan merangkul pingat gangsa tersebut diraih setelah pemain berusia 26 tahun itu menumpaskan Lakshya Sen dari India sebentar tadi.

Dalam aksi di Porte de La Chapelle itu Zii Jia menewaskan Lakshya Sen dalam aksi rubber set 13-21, 21-16, 21-11.

Menerusi kemenangan berkenaan,  Zii Jia merapatkan jurang kemenangan ke atas Sen 2-4.

Untuk rekod, Zii Jia yang menjadi prospek emas negara sebelum ini tewas kepada juara dunia 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn 14-21, 15-21 dalam aksi separuh akhir.

Image via REUTERS

Terdahulu beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada Ahad melakar sensasi apabila mempamerkan kebangkitan untuk meraih gangsa setelah menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-20, 22-20, 21-19.

Dalam pada itu, kejayaan yang diraih Zii Jia meletakkan dirinya sebagai pemain perseorangan Malaysia ketiga yang pernah memenangi pingat pada Sukan Olimpik.

Pemenang pertama ialah Datuk Rashid Sidek pada Sukan Olimpik Atlanta 1996 apabila memenangi gangsa, disusuli Datuk Lee Chong Wei yang merangkul perak pada edisi di Beijing 2008, London 2012 dan Rio de Janeiro 2012.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment