Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Hapuskan Kes Pembuangan Bayi, Ini Senarai Pusat Jagaan Bayi Yang Boleh Anda Hubungi

Semoga kita dapat selamatkan bayi-bayi yang tidak bersalah ini.

Cover image via Astro Awani Utusan

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, kes pembuangan bayi di dalam negara semakin membimbangkan

Perkara ini turut mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu.

Memetik laporan dari Berita Harian,  Sebanyak 509 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku dalam tempoh 2018 hingga Februari lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata tiga negeri mencatatkan jumlah kes kumulatif tertinggi dalam tempoh berkenaan iaitu Selangor dengan 111 kes, diikuti Johor (64) dan Sabah (56).

Menurutnya daripada jumlah itu, 50 kes atau 9.82 peratus telah dituduh di Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau berkata bagi tempoh 2022 hingga 2023, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyelamatkan 101 kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai kanak-kanak dibuang ibu atau bapa atau penjaga.

Daripada jumlah itu, 15 kes disebabkan kecuaian ibu bapa atau penjaga, 11 kes kanak-kanak dibuang kerana anak tidak sah taraf, faktor masalah kewangan (empat kes) dan perbalahan keluarga (tiga kes).

Katanya, masing-masing dua kes disebabkan kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak yang dipelihara orang lain semasa kecil, manakala 64 kes lagi tidak dapat dikumpulkan maklumat secara terperinci.

Selain itu, 19 daripada 101 kanak-kanak telah ditempatkan dalam jagaan ibu bapa peliharaan atau orang yang layak dan sesuai (OYLS), manakala selebihnya masih dalam proses penempatan ke dalam jagaan ibu bapa atau OYLS.

Di Malaysia, antara salah satu inisiatif yang dibuat oleh kerajaan dan NGO untuk menangani isu ini adalah dengan menyediakan ‘baby hatch’ atau pusat pelindung bayi.

Bagaimanapun, pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa ada individu yang sanggup melakukan perkara sebegini kepada darah daging mereka sendiri?

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Faktor-faktor berlakunya kes pembuangan bayi

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu bertindak melakukan perkara tersebut. Antaranya adalah:

  • Tiada persediaan untuk menjadi seorang ibu bapa. Hal ini, kerana disebabkan oleh si ibu yang tidak bersedia untuk hamil. Ditambah pula dengan menyedari tanggungjawab sebagai seorang ibu bukanlah mudah.

  • Ibu bapa kurang kesedaran akan kepentingan mengenai perancangan keluarga. Sesetengah daripada mereka hanya memikirkan keseronokan hubungan kelamin sahaja tanpa mengambil kira kemampuan mempunyai ramai anak.

  • Tidak mahu anak dipandang hina oleh masyarakat. Ini adalah antara situasi yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Kebiasaanya apabila persekitaran atau masyarakat mengetahui mengenai status anak tersebut, mereka akan 'mengata' malah menghinanya yang juga menjadi faktor terjadinya pembuangan bayi.

  • Bapa ‘biologi’ kepada bayi tersebut tidak mahu bertanggungjawab dan menghilangkan diri. Ini akan menyebabkan si ibu merasa tertekan dan berfikir untuk tidak mahu anak itu lagi.

Cara untuk mengelakkan daripada berlakunya kes sebegini

Sudah tentu kes sebegini boleh dielakkan jika kita mencegahnya dari awal. Antaranya:

  • Ibu bapa yang tidak mengambil berat aktiviti anak-anak. Perkara ini sangat penting bagi semua ibu bapa di luar sana, mereka perlu sentiasa memantau dan memastikan aktiviti anak-anak tidak berlaku ke arah tidak sepatutnya sehingga boleh berlakunya seks bebas dan sebagainya.

  • Ibu bapa perlu selitkan unsur agama dan moral dalam mendidik anak-anak mereka. Pendidikan agama yang cukup sangat penting untuk menyedarkan mereka tentang dosa dan pahala.

  • Selain itu, ibu bapa perlu memastikan aktiviti anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan atau 'bercinta' dan ke mana lokasi yang mereka keluar untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

  • Media massa juga penting dalam memainkan peranan dalam isu pembuangan bayi. Media massa boleh menyelitkan tentang kesan buruk pembuangan bayi.

  • Pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan perlu bekerjasama bagi mengatasi masalah ini dengan memberi kesedaran bermula daripada pelajar sekolah sehingga ke universiti. Di samping itu, memperkenalkan baby hatch dengan lebih meluas agar lebih ramai yang tahu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Sun

Berikut adalah senarai lokasi baby hatch yang terdapat di seluruh Malaysia:

1. Yayasan OrphanCare (HQ) Petaling Jaya, Selangor

Alamat: 54, Jalan 5/60, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 5 petang), Tutup setiap Sabtu Ahad
Telefon: 03-7770 1900

2. Yayasan OrphanCare Johor Bahru

Alamat: 46, Jalan Bakar Batu, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Buka 24 jam
Telefon: 07-336 2965

3. Yayasan OrphanCare Sungai Petani

Alamat: 4400, Lorong Serampang 2/1, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 5.30 petang), Tutup setiap Sabtu Ahad
Telefon: 04-442 3900

4. Hospital Pakar An-Nur, Bangi

Alamat: Jalan Gerbang Wawasan 1, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi: Buka 24 jam
Telefon: 03-8923 5500

5. KPJ Damansara Specialist Hospital, Petaling Jaya

Alamat: 119, Jalan SS 20/10, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Buka 24 jam
Telefon: 03-7718 1000

6. KPJ Tawakkal Specialist Hospital, Kuala Lumpur

Alamat: 1, Jalan Pahang Barat, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Buka 24 jam
Telefon: 03-4026 7777

7. KPJ Ipoh Specialist Hospital, Ipoh

Alamat: 26, Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Buka 24 jam
Telefon: 05-240 8777

8. KPJ Seremban Specialist Hospital, Negeri Sembilan

Alamat: Lot 6219 & 6220, Jalan Toman 1, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Buka 24 jam
Telefon: 06-768 6000

9. KPJ Perdana Specialist Hospital, Kota Bahru

Alamat: PT 37 & 600 Dan Lot 684 (Level 1,2&3), Seksyen, 14, Jalan Bayam, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Buka 24 jam
Telefon: 09-745 8000

10. KPJ Kuching Specialist Hospital, Sarawak

Alamat: Lot 18807, Block 11 Muara Tebas Land District, Jalan Stutong, 93350 Kuching, Sarawak
Waktu operasi: Buka 24 jam
Telefon: 05-240 8777

11. KPJ Sabah Specialist Hospital, Sabah

Alamat: Lot No.2 Off, Jalan Damai, Luyang Commercial Centre, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Buka 24 jam
Telefon: 088-322 000

Mari kita sama-sama menjaga diri dan keluarga agar terhindar daripada kejadian seumpama ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment