Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

HAUS Cosmetics Syarikat Pertama Bumiputera Terima Pengiktirafan Di Dunia Dari Switzerland

Jenama milik bumiputera itu menerima pengiktirafan eksklusif daripada institusi berprestij di Switzerland, Mibelle Biochemistry.

Cover image via @hauscosmetics (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Enam tahun di pasaran, jenama HAUS Cosmetics terus mengorak langkah dengan kejayaan membanggakan

Tempiasnya tentu menggembirakan Pengasas dan Pengarah Jenama berkenaan yang juga memiliki tiga kilang kosmetik iaitu Eiyma Jalil atau nama sebenarnya, Norazimah Abd Jalil.

Terbaharu pada 25 September lalu bertempat di Mines Beach Resort, jenama milik bumiputera itu menerima pengiktirafan eksklusif daripada institusi berprestij di Switzerland, Mibelle Biochemistry.

Pengiktirafan berkenaan melayakkan jenama itu menjadi syarikat pertama di dunia yang menggunakan teknologi ‘MonaJuventa Nu’ dalam produk terbaharu mereka dipanggil HAUS MUDDE Glo12 Beaubright Shot.

Dr. Fred Zulli dari Mibelle Biochemistry menyerahkan anugerah syarikat "first-in-the-world" yang menggunakan Teknologi MonaJuventa Nu untuk kulit muda 12 tahun di dalam produk HAUS MUDDE Glo12 Beaubright Shot kepada HAUS MUDDE.

Image via @hauscosmetics (Instagram)

“Majlis penghargaan dan pengiktirafan ini berlangsung dalam sebuah majlis tertutup dihadiri sekitar 20 orang tetamu.

“Ia adalah satu peristiwa yang benar-benar bersejarah buat kami. Bukan sahaja kerana pengiktirafan tersebut, tetapi juga kerana kehadiran orang kuat Mibelle Biochemistry, Dr. Fred Zulli, seorang pakar antarabangsa dalam bidang biokimia yang secara peribadi menyerahkan anugerah itu kepada saya.

“Ini memberi makna yang sangat besar kepada kami kerana ia bukan sekadar satu penghormatan, tetapi juga pengiktirafan terhadap usaha kami untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi dan inovatif yang mematuhi piawaian antarabangsa,” kata Eiyma.

Luah rasa terharu dan bersyukur kerana diiktiraf di peringkat antarabangsa

“Sebagai pengasas, ini adalah momen yang paling membanggakan dalam kerjaya saya. Pengiktirafan ini memberi satu bentuk validasi kepada segala usaha dan kerja keras yang dilakukan selama ini. Ia bukan sahaja memberi penghormatan kepada saya, tetapi juga kepada seluruh pasukan HAUS yang berdedikasi dan komited.

“Diiktiraf sebagai syarikat pertama di Malaysia, malah di dunia, yang menggunakan teknologi 'MonaJuventa Nu' dalam produk kami benar-benar membuktikan bahawa produk tempatan kita juga mampu bersaing dengan jenama antarabangsa.

“Tak lupa kalangan terima kasih kepada semua pelanggan setia HAUS, yang sentiasa memberi sokongan dan keyakinan kepada kami. Tanpa mereka, pengiktirafan ini mungkin tidak akan tercapai. Kami berjanji akan terus memberikan yang terbaik pada masa mendatang,” katanya.

Dr. Fred Zulli bersama barisan top leader HAUS MUDDE.

Image via @hauscosmetics (Instagram)

Bercerita lanjut mentai apa kriteria ditetapkan sebelum dipilih menerima pengiktirafan berkenaan, Eiyma mendedahkan ada beberapa kriteria penting yang harus dipenuhi.

“Pertama sekali, teknologi yang kami gunakan dalam HAUS Mudde Glo12 Beaubright Shot adalah sesuatu yang sangat unik dan inovatif. Teknologi 'MonaJuventa Nu' membolehkan produk ini memberikan kesan anti-penuaan yang luar biasa.

“Yang mana, ia membantu kulit kelihatan sehingga 12 tahun lebih muda. Selain itu, kami juga memastikan bahawa setiap produk yang kami hasilkan menepati piawaian antarabangsa dari segi kualiti dan keselamatan. Kami bekerjasama rapat dengan pakar biokimia termasuk dengan Dr. Fred Zulli untuk memastikan bahawa formula yang digunakan dalam produk kami adalah yang terbaik.

“Selain itu, sebagai sebuah syarikat Muslim, kami sentiasa memastikan bahawa produk kami juga patuh kepada piawaian halal. Kami tidak boleh berkompromi dalam hai ini.Malah ia juga menjadi sebahagian daripada sebab mengapa kami mendapat pengiktirafan ini,” katanya.

Plaque istimewa berupa keris dan tertera ukiran "MALAYSIA" sebagai tanda penghargaan dari Mibelle Biochemistry kepada HAUS MUDDE.

Image via @hauscosmetics (Instagram)

Sijil bukti HAUS Cosmetics menjadi syarikat pertama di dunia mendapat pengiktirafan dari Switzerland.

Image via @hauscosmetics (Instagram)

Tambah Eiyma, dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, perancangan kami adalah untuk terus memperkukuhkan jenama HAUS di Malaysia sekali gus di peringkat antarabangsa.

“Kami bercadang untuk memperluaskan pasaran kami ke negara Asia lain, terutamanya di Asia Tenggara dan Timur Tengah, di mana permintaan terhadap produk kecantikan yang berasaskan teknologi dan patuh halal semakin meningkat.

“Selain itu, kami juga sedang merangka pelan untuk memperkenalkan lebih banyak inovasi dalam produk kami. Kami juga merancang untuk meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan kerjasama lebih ramai saintis antarabangsa. Kami mahu jenama ini sebagai sebuah jenama kecantikan terkemuka di dunia yang berasaskan inovasi dan teknologi, sambil mengekalkan komitmen kami terhadap kualiti dan piawaian halal,” katanya.

Mengenai penerimaan MUDDE Glo12 selepas hampir tiga bulan dilancarkan dan berada di pasaran, Eiyma cukup optimis.

“Penerimaan terhadap HAUS MUDDE Glo12 Beaubright Shot amat menggalakkan. Sejak dilancarkan hampir tiga bulan yang lalu, sudah lebih daripada 30,000 unit terjual. Ia satu angka yang melebihi jangkaan awal. Kami menerima banyak maklum balas positif daripada pelanggan yang merasakan kulit mereka menjadi lebih muda dan segar selepas menggunakan produk ini.

“Teknologi 'MonaJuventa Nu' yang terkandung dalam produk ini sangat memberikan kesan yang ketara, dan ini membuatkan ramai pengguna terus setia dengan produk HAUS.

“Ketika ini juga kempen “Scan & Win” dilancarkan. Kempen ini menawarkan hadiah bernilai RM10,000 kepada pembeli produk Kami. Apa yang menariknya, hanya dengan membeli satu item pun, mereka sudah layak untuk menyertai. Mereka perlu mengimbas kod QR yang terdapat pada kotak produk tersebut. Selepas itu, mereka perlu mengisi borang ringkas, dan secara automatik akan terus mendapat keputusan mengenai hadiah yang bakal dimenangi,” kongsinya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment