Homestay Di Kelantan Kantoi Buat Kerja Kotor, Individu Dedah Di 'Skodeng' Owner Masa Mandi
Kenapa ada pula perangai macam ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selain menginap di hotel untuk pergi bercuti, menginap di homestay juga menjadi pilihan ramai kerana ia boleh memuatkan ramai orang
Malah, harganya juga lebih murah berbanding menginap di hotel. Kebiasaannya, homestay akan menjadi pilihan bagi keluarga yang ramai. Jadi bolehlah duduk satu rumah, lebih mudah untuk berkomunikasi.
Namun, lain pula terjadi dengan seorang individu ini apabila dia mendedahkan kerja 'kotor' pemilik homestay tempat dia menginap menjadi tular di media sosial.
Jumpa telefon di tingkap bilik air
Menerusi video daripada akaun @nfwhda.__, dia berkongsi situasi 'mengerikan' ketika berada di sebuah homestay.
Difahamkan, ketika itu dia dan keluarganya telah pergi bercuti di Kelantan dan menginap di sebuah homestay di kawasan Kota Bharu. Pada awalnya dia merasa teruja dengan homestay berkenaan yang dilihat cantik dan serba lengkap.
Dia dan keluarganya sampai pada waktu tengah malam di homestay tersebut dan memilih untuk mandi kerana tidak selesa dengan badannya.
Namun, dikala dia sedang asyik mandi, dia tiba-tiba ternampak sebuah telefon bimbit dicelahan tingkap bilik air yang menghala tepat kepadanya . Sedar dengan kejadian itu, wanita tersebut terus menjerit dan memanggil ahli keluarganya.
Image via @nfwhda.__ (TikTok)
Pemilik homestay tak mengaku dan tukar cerita lain
Kejadian berkenaan membuatkan ahli keluarganya telah keluar dan berjumpa dengan pemilik homestay tersebut yang rumahnya bersebelahan saja dengan tempat mereka.
Ahli keluarganya kemudian memberitahu kejadian itu dan pemilik rumah seperti 'terkejut' dan memberitahu tidak pernah berlaku perkara seperti ini.
"Kau bayangkan masa kita orang sampai tu pun dah lewat, mana ada orang lain. Rumah pun semua dah gelap, yang ada owner rumah tu je," tulisnya.
Menurutnya mereka ada meminta untuk melihat kamera telefon pemilik homestay itu dan mendapati ia sama seperti yang berada di dalam bilik air.
Namun, pemilik homestay menafikan perkara tersebut. Malah, pemilik homestay tersebut menukar 'topik lain' dan bercerita mengenai bisnesnya.
Image via @nfwhda.__ (TikTok)
"Aku ni bukan nak tutup periuk nasi dia, aku pun tahu dia cari rezeki melalui rumah tu. Tapi, janganlah sampai nak tangkap gambar orang dekat tandas. Tak tahu berapa orang dah kena dengan dia ni. Kesian tau dekat orang yang tak tahu tu. Aku ni nasib je sebab terdetik nak tengok tingkap time tu.
"Pastu malam tu juga dia duk call abang aku banyak kali cakap tak boleh tidur lah apa lah. Sumpah weh pyscho gila. Dia cari kita orang sampai pagi tu.
"So korang hati-hatilah kalau nak book homestay ke apa, fikir dulu baik-baik kalau pergi tandas tu cari tandas yang memang tutup," tulisnya
Lihat video itu di bawah:
Kalau betul owner tu salah, harap dia minta maaf dengan kesalahan dia tu. Seram tau bila jadi macam ni :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment