Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

HUAWEI Lancar Dua Produk Baharu Watch Fit 3 & MateBook X Pro 2024, Ini Yang Anda Kena Tahu

Kedua-dua peranti kini tersedia untuk prapesanan dan disertakan dengan hadiah percuma.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

HUAWEI memperkenalkan dua produk revolusioner di Malaysia iaitu HUAWEI Watch Fit 3 dan HUAWEI MateBook X Pro (2024), sekaligus meneruskan inovasi teknologi baharu yang berkemampuan untuk pengguna

Lebih memfokuskan kepada kesihatan pengguna, produk jam pintar baharu Watch Fit 3 menjadi manifestasi perjalanan HUAWEI dalam menyatukan teknologi yang terkini dengan ekspresi fesyen dan gaya.

HUAWEI Watch Fit 3 hadir dengan enam jenis warna iaitu hijau, putih, merah jambu, hitam, white leather dan Grey Nylon yang didatangkan dengan tali jam berkualiti tinggi.

Direka dengan penuh teliti, HUAWEI Watch Fit 3 mempunyai fungsi kesihatan yang terkini, iaitu TruSeen 5.5 inci terbaharu bagi pemantauan kadar denyutan jantung dan TruSleep 4.0 bagi menjejak durasi tidur yang sihat untuk pengguna.

Image via HUAWEI

Dengan fungsi jam tangan pintar itu, ia dapat memastikan pengguna kekal berhubung tidak kira di mana mereka berada.

Bermula dari hari ini hingga 17 Mei 2024, pelanggan yang membuat tempahan awal jam tangan itu akan menerima hadiah percuma bernilai RM89 dan menebus baucar early bird RM30, menjadikan ia sebagai pilihan yang terbaik.

Untuk rekod, harga HUAWEI Watch Fit 3 ditawarkan bermula dari RM599 hingga RM699.

Image via HUAWEI

MateBook X Pro tawar piawai baharu untuk komputer riba ultraslim dan memberikan pengguna prestasi yang tiada tandingan

HUAWEI MateBook X Pro (2024) mempunyai salah satu badan yang paling ringan dan paling nipis dalam kelasnya, menjadikannya pilihan tepat untuk profesional tanpa merisaukan saiz skrin.

Mempunyai skrin sentuh LTPS 14.2-inci yang menawarkan resolusi 3K dan nisbah skrin-ke-badan 90%, disokong oleh gamut warna 100% sRGB untuk visual yang jelas dan tepat.

Image via HUAWEI

Paparan tepi ke tepi bukan sahaja menakjubkan tetapi juga mempunyai salutan anti-reflektif untuk mengurangkan ketegangan mata semasa waktu bekerja yang panjang.

Dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 9 terkini, ia memberikan kelajuan dan responsif yang luar biasa serta mampu mengendalikan segala-galanya daripada kerja reka bentuk grafik yang rumit kepada pemprosesan data berkelajuan tinggi.

Untuk HUAWEI MateBook X Pro (2024) pula harga yang ditawarkan bermula dari RM8,999 hingga RM10,999, juga tersedia untuk pra-pesanan bermula dari 14 Mei hingga 24 Mei 2024.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment