Ibu Sanggup Berkorban Ambil Tuisyen Duduki SPM 2023 Untuk Beri Galakan Anak Supaya Belajar
Keputusan itu dibuat bagi mengubah sikap anaknya yang tidak mahu belajar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang ibu sanggup berkorban dengan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 sebagai motivasi buat anaknya lulus dalam peperiksaan itu
Norazah Spiji, 48, berkata, dia mengikuti kelas di Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI dengan mengambil sembilan mata pelajaran.
Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi mengubah sikap anaknya, Muhammad Haziq Asyraf yang tidak mahu belajar sebaliknya lebih gemar bermain permainan video dan telefon bimbit.
"Niat saya adalah nak ajar anak dan beri motivasi kepada dia. Sebabnya, dia memang suka main 'game' sampai lewat malam, telefon bimbit. Saya suruh belajar, dia tak nak. Jadi, saya fikir macam mana nak ajar dia. Saya pun tak pandai.
"Bukan apa, saya takut keputusan SPM dia nanti tak melayakkan dia untuk sambung pelajaran. Jadi, saya cakap pada diri kenapa tidak saya ambil juga SPM. Maka, saya pun mengikuti kelas dalam talian yang dibuat PTTI.
"Memandangkan anak duduk di asrama, dengan cara ini saya boleh bantu dan dalam masa sama dapat ajar dia dalam pelajaran menggunakan nota yang ada," katanya.
Tak jangka peroleh keputusan 3A, 3B, 2C dan 1D dalam SPM 2023
Jelasnya lagi, gred A membabitkan mata pelajaran Bahasa Melayu (A-), Sejarah dan Matematik (A).
"Saya sangat gembira dan bersyukur sangat. Tak sangka boleh dapat banyak A. Rakan saya semua pun cakap perkara sama. Memang terkejut.
"Saya pilih program Selekoh Akhir PTTI sebab dapat tahu ramai pelajar dapat banyak A belajar di sini. Kalau saya belajar sendiri tak faham pula. Alhamdulillah, selama tiga bulan saya mudah ingat dan faham.
"Ketika itu dalam fikiran tak terfikir pun nak dapat A dalam Matematik. Apatah lagi dengan umur saya ini, memang cepat lupa. Tapi, saya cuba juga," katanya berasal dari Sarikei, Sarawak.
Image via @pttionline (Instagram)
Hasil daripada pengorbanan dan kerja keras Norazah itu, anaknya berjaya mengubah peperiksaan percubaan yang sebelum ini 6G ke 3A.
"Saya berharap anak saya akan lebih berjaya pada masa hadapan. Terima kasih semua cikgu di PTTI yang membantu saya," katanya.
Dalam pada itu, hantaran video dimuat naik di TikTok Sir Race yang juga tenaga pegajar di PTTI memaparkan keterujaan Norazah ketika membuat semakan keputusan SPM pada 27 Mei lalu.
Dipaparkan bagaimana Norazah dalam keadaan berdebar sambil dikelilingi oleh rakan sekerja yang turut teruja menunggu keputusan itu.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment