Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ibu Tunggal Antara Jemaah Terkandas, Sanggup Ikat Perut 15 Tahun Untuk Ke Tanah Suci Mekah

Difahamkan, wanita berkenaan hanya makan nasi dengan bawang demi menyimpan duitnya.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang ibu tunggal merupakan antara 314 jemaah yang terkandas selepas syarikat pengendali umrah gagal menunaikan janji untuk menerbangkan kumpulan itu ke Tanah Suci semalam, 14 Januari

Menurut laporan Kosmo!, Maimun Sarajul, 60, berkata dia telah menyimpan duit bantuan Baitulmal sejak 2009 bagi membolehkan dirinya serta dua anak dan seorang cucu juga Orang Kelainan Upaya (OKU) menunaikan ibadah umrah.

"Mak cik ikat perut lebih 15 tahun, hanya makan nasi dengan bawang, kadang-kadang air garam untuk simpan duit bantuan Baitulmal ke Tanah Suci.

"Mak cik mula menyimpan ketika menerima bantuan Baitulmal berjumlah RM400 sejak 15 tahun lalu, apabila bantuan dinaikkan kepada RM500, mak cik tetap menyimpan untuk ke Mekah.

"Harapan mak cik ialah mahu membawa cucu yang juga OKU untuk ke Tanah Suci, dia juga sudah bersemangat, malah duit untuk menyewa kerusi roda berjumlah RM800 sudah dibayar," katanya.

Image via Kosmo!

Seramai 314 jemaah termasuk dari Brunei dan Korea Selatan terkandas di sini selepas penyedia perkhidmatan umrah gagal menyediakan tiket penerbangan, visa dan hotel di Tanah Suci sehingga melibatkan kerugian lebih RM2.1 juta

Difahamkan, dia mengetahui tentang pakej ditawarkan syarikat itu melalui promosi dibuat seorang usahawan kosmetik dari Kelantan menerusi aplikasi Tiktok.

"Sebelum ini, mak cik ada bertanya kepada seorang ustaz tentang pakej umrah, namun harga ditawarkan sedikit mahal.

"Jadi, selepas mak cik melihat Tiktok milik usahawan kosmetik itu, dia mempromosikan pakej berjumlah RM11,000 untuk dua orang dan terus berminat dengan tawaran itu," katanya lagi.

Menurutnya, dia telah membuat bayaran penuh berjumlah RM33,000 bagi membawa enam orang ahli keluarga termasuk anak dan cucu berstatus OKU.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment