Idea Ibu Bapa Sedekah Uniform & Barangan Keperluan Sekolah Dipuji Ramai Warganet
Bagus idea ni, boleh bantu golongan yang memerlukan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pengguna di Facebook berkongsi usaha murni para ibu bapa di sekolah anaknya yang menyumbang uniform sekolah buat pelajar yang memerlukan
Menerusi hantaran oleh Wan LuQman di Facebook, lelaki itu berkata baju-baju sekolah yang disumbang itu ada yang belum pernah digunakan, disusun dan digantung dengan baik bagi memudahkan ibu bapa atau pelajar memilih mengikut keperluan serta saiz masing-masing.
"Dulu ampaian ni kecik je letak kat depan pondok jaga. Alhamdulillah sekarang ampaian dah makin besar.
"Usaha murni dari pihak sekolah dan ibu bapa. Mana-mana baju yang masih elok tapi dah tak pakai boleh letak kat sekolah," katanya.
Image via Wan LuQman (Facebook)
Berterima kasih kepada siapa yang cetuskan idea tersebut kerana dapat membantu ibu bapa yang dalam kesempitan
"Mana-mana parents yang bajet tengah ketat, boleh datang pilih dan ambik. Terima kasih lah pada mereka yang cetuskan idea macam ni. Sungguh memberi 1000 makna untuk segolongan dari kita.
"Kos untuk 3-4 orang anak nak masuk sekolah Rm1k++ tak lari. Kita sama-sama bantu. Ada parents yang letak baju baru (masih ada tag tanda harga), terbaik semua parents sekolah SETEGUH.
"Disaat dunia dipenuhi dengan sang tamak, takde hati perut, Alhamdulillah masih ada yang pemurah atas muka bumi ni," katanya lagi.
Dalam pada itu, ramai juga berkongsi inisiatif sama oleh para ibu bapa di sekolah anak mereka
Image via Wan LuQman (Facebook)
Image via Wan LuQman (Facebook)
Lihat posting penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment