"Ikan Lompat" - Anak Kongsi Ragam 'Latah' Ayah Ketika Terkejut Ini Bikin Tawa Ramai
Kemain ya dia melompat!
Bila tahu orang sekeliling kita yang kuat melatah pasti kita selalu usik mereka bukan?
Orang-orang yang melatah sebenarnya tidak suka diusik. Tetapi bila dilarang makin menjadi-jadilah usikan kita kepada mereka. Iyalah, kadangkala disebabkan latah mereka itulah yang pembawa hiburan kepada kita.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila seorang wanita mengusik ayahnya yang kuat melatah telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dia yang pegang, dia sendiri yang tak berhenti melatah
Menerusi video berkenaan, kelihatan si anak mengusik ayahnya dengan menggunakan ikan mainan. Ikan mainan itu apabila disentuh akan auto melompat.
Ekoran itu, si ayah tidak berhenti melatah disebabkan ikan itu melompat. Gara-gara latahnya itu membuatkan ramai netizen terhibur.
Namun, ada segelintir netizen berpesan kepada si anak supaya kurangkan mengusik ayahnya kerana kelihatan ayahnya seperti penat ketika melatah.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Tu lah, cuit lagi ikan tu. Kan dah melatah" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen bukan sahaja terhibur melihat gelagat pak cik itu malah mereka juga terhibur melihat si cucu yang sakan ketawakan atuknya.
Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah meraih sebanyak 527.5K views, 43.2K likes dan 814 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @ieqazaini (TikTok)
Image via @ieqazaini (TikTok)
Image via @ieqazaini (TikTok)
Image via @ieqazaini (TikTok)
Amboi, cucu yang dekat belakang kemain sakan ya gelak! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment