Individu Kongsi Kedai Batu Nisan Dihias Macam Restoran, Saran Jangan Berhenti Kalau Nampak
Kenapa dia hias macam itu ya?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman aplikasi X memaparkan sebuah kedai meriah dihias persis seperti restoran
Menerusi video yang dikongsi oleh individu bernama @bckupacc99, kelihatan gadis itu sedang memandu di kawasan Jengka, Pahang.
Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila dia memberitahu kepada orang ramai sekiranya ternampak sebuah kedai yang meriah dihias seperti restoran ini agar jangan berhenti.
Image via @bckupacc99 (X)
Rupa-rupanya, itu adalah kedai batu nisan dan bukan restoran seperti yang disangka ramai. Namun, ia menimbulkan tanda tanya mengapa kedai itu dihias persis seperti restoran.
"Siapa tahu tempat ni area Jengka? If terlepas kedai makan pertama jangan berhenti kedai kedua pulak itu tempat kedai batu nisan," katanya.
Sementara itu, warganet di laman X turut memberikan reaksi masing-masing mengenai video tersebut
Lihat video itu di bawah:
Agak-agaknya kenapa owner kedai batu nisan tu hias kedai dia macam restoran ya?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment