Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini 10 Masjid Tercantik & Unik Di Malaysia Yang Anda Wajib Singgah - “SubhanAllah”

Cantik-cantik betul masjid dekat Malaysia ni, admin terpegun!

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

1. Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Gambar sekadar hiasan.

Image via garispxl.co

Masjid Sri Sendayan merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Masjid ini merupakan salah satu masjid tercantik di Malaysia dan selalu menerima lawatan pengunjung luar serta pelancong.

Ia mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019. Masjid ini mampu menampung sehingga 5,000 jemaah pada satu-satu masa. Malah, ia telah diwakafkan oleh tokoh perbankan, Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain yang menelan belanja kira-kira RM100 juta!

2. Masjid Lapan Kubah, Terengganu

Gambar sekadar hiasan.

Image via Libur

Masjid Lapan Kubah juga digelar Masjid Candy atau Masjid Russia kerana reka bentuknya seakan-akan St Basil's Cathedral di Moscow dan berwarna-warni. Ia dibina bersempena nama Kampung Lapan Kotak di daerah Besut, Terengganu.

Seni binanya yang unik menjadikan masjid ini antara binaan tersohor di Terengganu dan boleh menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.

3. Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, Johor Bahru

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wikipedia

Masjid Sultan Iskandar ialah sebuah masjid yang terletak di Bandar Dato' Onn, Johor Bahru, Johor. Dibina pada tahun 2012 sehingga 2015 dan dirasmikan sepenuhnya pada 8 April 2016, masjid ini dibina sempena nama Sultan Iskandar.

Apa yang menariknya adalah, ia menjadi masjid pertama di negara ini yang diisytihar sebagai masjid pelancongan. Masjid ini boleh memuatkan sehingga 4,600 orang pada satu-satu masa seperti solat sunat hari raya.

4. Masjid Al-Bukhary, Alor Setar

Gambar sekadar hiasan.

Image via Islamic Tourism Centre

Masjid Al-Bukhary terletak di Bandaraya Alor Setar, Kedah dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar. Masjid ini dibina sepenuhnya oleh Yayasan Al-Bukhary. Suasana di sekitar masjid sangat tenang dan dihiasi dengan pokok-pokok kurma. 

Pembinaannya bermula pada Mac 2000 dengan keluasan 4.96 ekar serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang solat yang dapat menampung seramai 15,000 orang pada satu-satu masa.

5. Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Gambar sekadar hiasan.

Image via Islamic Tourism Centre

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pada 8 Februari 2008.

Apa yang membuatkan masjid ini unik ialah ia dibina daripada kaca dan keluli dan menjadi masjid pintar pertama di Malaysia yang mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa.

6. Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Gambar sekadar hiasan.

Image via Best Lah Malaysia

Masjid Ubudiah juga dikenali sebagai Masjid Diraja. Ia terletak di Bukit Chandan, Mukim Sayung, Daerah Kuala Kangsar, Perak. Masjid ini dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia serta merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak.

Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan seni bina Islam. Masjid Ubudiah telah dirasmikan oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917. Ruang solat utamanya berukuran lebih kurang 3,420 kaki persegi dan boleh menampung kira-kira 427 orang jemaah pada satu-satu masa.

7. Masjid Muhammadi, Kota Bharu

Gambar sekadar hiasan.

Image via Flickr

Masjid Muhammadi juga merupakan salah satu masjid yang terkenal di negara kita. Ia mula dibina pada tahun 1867 iaitu pada ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad II. Apa yang membuatkan masjid ini istimewa ialah dari segi reka bentuknya yang mempunyai pengaruh sewaktu zaman kolonial dan mempunyai menara jamnya sendiri.

Masjid ini juga yang turut dikenali sebagai Masjid Besar di kalangan penduduk setempat, dan pernah menjadi tempat para ulama terkenal untuk menyampaikan pelbagai ilmu agama. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah pada satu-satu masa.

8. Masjid Damansara Perdana, Kuala Lumpur

Gambar sekadar hiasan.

Image via Zhong’s Travel (YouTube)

Berkonsepkan 'industrial design' yang baru dibuka bulan Mac 2023, Masjid Damansara Perdana kini menjadi perhatian kerana reka bentuknya yang unik & estetik. Masjid ini terletak di kawasan perumahan Damansara Perdana yang kini sedang membangun. Cantik kan masjid ini?

9. Masjid Cina Melaka

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mai Singgah

Masjid Cina Melaka merupakan sebuah masjid di Krubong, Melaka yang berkonsepkan gaya seni bina Cina. Masjid ini ialah masjid ketiga berciri seni bina Cina di Malaysia selain di Kelantan dan Perak. Ia telah dibangunkan oleh Persatuan Cina Muslim Melaka (Pertim).

Apa yang menariknya, khutbah solat Jumaat di masjid ini disampaikan dalam bahasa Mandarin. Dengan keluasan 2.8 hektar, masjid ini boleh menampung sehingga 2,000 jemaah pada satu-satu masa.

10. Masjid Zahir, Alor Setar

Image via Iluminasi

Masjid Zahir juga dikenali sebagai Masjid Zahrah yang merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja yang terletak di perkarangan Istana Pelamin.

Masjid ini merupakan mercu tanda yang terkenal di Alor Setar dengan ciri kubah hitam merangkumi satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil yang melambangkan lima rukun Islam. Ruang solat di dalam masjid itu boleh memuatkan 600 orang jemaah dalam pada satu-satu masa dengan berbumbungkan atap nipah.

Antara kesemua masjid di atas, yang mana satu anda pernah sampai? Jom singgah masjid sambil beribadah!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment