"Ini Baju Tidur Kebangsaan" - Reaksi Gadis Cina Cuba Pakai Baju Kelawar Cuit Hati Ramai
Comelnya amoi!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baju kelawar merupakan pakaian yang menjadi pilihan ramai wanita Melayu ketika ingin tidur
Namun, kini baju kelawar juga menjadi pakaian harian bagi sesetengah orang kerana terdapat pelbagai corak yang cantik serta sesuai dipakai kemana-mana sahaja. Malah, ada juga baju kelawar berlengan panjang.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video memaparkan sekumpulan gadis Cina cuba memakai baju kelawar telah menarik perhatian warganet.
Image via @nasamiraa (TikTok)
Teruja pertama kali pakai baju kelawar masa overnight dengan kawan-kawan Melayu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nasamiraa, kelihatan tiga orang gadis Cina itu mendapat hadiah daripada kawan Melayu mereka.
Apa yang membuatkan mereka teruja adalah apabila hadiah tersebut merupakan baju kelawar dengan pelbagai corak cantik.
Menurut si perakam video, mereka memakai baju tersebut sehingga malam dan siap menari bersama-sama.
"Ingatkan diorang taknak pakai malam tu, but they really pakai the whole night hahahaha," katanya.
Image via @nasamiraa (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment