Proses 'Embalming' Menyakitkan Mayat, Ini Sebab Jenazah Disaran Tidak Dibawa Pulang
Ustaz menyarankan orang ramai supaya fahami dahulu proses pengawetan yang wajib dilakukan ke atas jenazah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ajal dan maut sememangnya rahsia Tuhan yang paling besar
Kita tidak tahu bila dan dimanakah kita akan meninggal. Tidak dinafikan, kadang kala kita sering dengar ada berita sedih yang menimpa sesebuah keluarga apabila orang yang tersayang telah kembali ke rahmatullah di negara lain.
Sebagai keluarga terdekat, sudah tentu mereka ingin melihat arwah buat kali terakhir dan cuba sedaya upaya untuk membawa pulang jenazah itu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X yang memaparkan seorang ustaz menjelaskan proses pengawetan mayat telah mencuri tumpuan ramai.
Ustaz tersebut menyarankan orang ramai supaya fahami dahulu proses pengawetan yang wajib dilakukan ke atas jenazah.
"Perut mayat akan dirodok untuk menghancurkan segala organ dalaman badan mayat ini, hati, limpa usus jantung pundi kencing buah pinggang semuanya harus dikeluarkan kerana itulah yang akan mempercepatkan proses pereputan mayat.
"Maka dalam hal inilah, yang pasti akan menyakiti mayat. Sebab Nabi suruh bila kita menguruskan jenazah, harus lemah lembut, dia juga sakit sebagaimana orang hidup sakit", katanya.
Image via @mrcreepyposta (X)
Proses pengawetan jenazah amat menakutkan dan perlu dilakukan dengan mengeluarkan darah dari dalam badan dan memasukkan sejumlah 12 liter cecair formalin
Proses embalming mayat itu memerlukan perut jenazah akan ditebuk kemudian satu besi panjang lebih kurang 1 meter yang dinamakan sebagai trocar akan dihunus menusuk ke perut untuk menghancurkan organ-organ dalaman badan jenazah.
Hal tersebut untuk mengelakkan mayat cepat mereput dan membusuk. Walaupun luaran jasadnya nampak elok sempurna tetapi dalamannya hancur sehancur-hancurnya.
Proses tersebut perlu dilakukan untuk mengelakkan perut jenazah meletup apabila dibawa pulang ke negara asal menaiki kapal terbang.
Image via @mrcreepyposta (X)
Image via @mrcreepyposta (X)
Lihat video penuh itu di bawah:
“Maka, jika kasihankan jenazah, biarlah jasadnya dikebumikan di tempat dia meninggal dunia. Hal ini pun bertepatan dengan sunnah.”
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment