Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Inisiatif Pocket Of Pink Cipta Buku Kartun Pendidikan Seksual Untuk Lindungi Kanak-Kanak

Modul 20 muka surat dalam bentuk kartun itu berjudul Express to Empower: Bodies, Boundaries and Identity.

Cover image via Bernama @ainhsaifulnizam (X)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mengajar kanak-kanak tentang pendidikan seksual masih dianggap tabu bagi sebahagian masyarakat yang menganggap perbincangan topik ini tidak sesuai dengan usia golongan itu

Sehubungan itu, menurut laporan Bernama, sembilan anak muda tampil berganding bahu menubuhkan Pocket of Pink (POP) bagi mengubah persepsi berkenaan.

Menerusi modul 20 muka surat dalam bentuk kartun berjudul Express to Empower: Bodies, Boundaries and Identity sebagai inisiatif pendidikan untuk mengajar kanak-kanak tentang pendidikan seksual yang lebih kepada langkah mendidik mereka tentang anatomi manusia, dan seterusnya melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi seksual.

Pereka grafik dan ketua projek Pocket of Pink, Ain Husniza Saiful Nizam.

Image via Bernama

Ain Husniza Saiful Nizam, 20, yang bertindak sebagai pereka grafik dan ketua projek, berkata buku aktivti berwarna-warni dengan ilustrasi mudah difahami itu bertujuan memberi pemahaman asas kepada kanak-kanak tentang keselamatan diri, hak mereka dan bahaya gangguan seksual.

Pelajar jurusan politik antarabangsa di University of Nottingham Malaysia itu berpendapat pendidikan seksual tidak seharusnya dilihat sebagai penggalak aktiviti seksual, tetapi lebih kepada langkah mendidik mereka tentang anatomi manusia, dan seterusnya melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi seksual.  

“Ramai kanak-kanak sebenarnya tidak tahu apakah itu gangguan seksual atau apa yang dimaksudkan dengan amang seksual. Realiti ini amat menakutkan. Mereka tidak sedar bahaya di sekeliling mereka dan tidak tahu cara untuk bersuara jika berdepan dengan situasi tersebut.

“Justeru, kanak-kanak perlu mengenali tubuh mereka sendiri dengan jelas agar mereka tahu apa yang sedang berlaku jika terjadi sesuatu yang tidak sepatutnya,” tegasnya.

Antara konsep utama dalam modul tersebut ialah "Good Crowd" yang mendidik kanak-kanak tentang cara membina hubungan sihat dan memastikan didikan berlaku secara menyeluruh

Mengulas tentang penggunaan kartun dalam modul, Ain Husniza berkata pendekatan itu dirasakan paling sesuai dengan usia kumpulan sasaran mereka, selain kartun juga merupakan medium ampuh dalam penyampaian mesej yang sukar.

Tambahnya lagi, modul ini juga menggunakan bahasa mudah dengan kandungan aktiviti seperti teka silang kata agar pembelajaran lebih menyeronokkan.

Gadis ini juga percaya penggunaan istilah sebenar bagi merujuk alat sulit adalah perlu, berbanding perkataan kiasan seperti “bunga” atau “ultraman” untuk membincangkan alat kelamin perempuan dan lelaki.

Modul berbahasa Inggeris itu dibangunkan bermula September lalu dan diperkenalkan kepada orang awam buat pertama kali pada Festival Kartun Gen Z, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Image via Bernama

Menurut Ain Husniza, buku kartun itu mendapat perhatian masyarakat, terutama ibu bapa yang mengunjungi reruai mereka.

“Kami dalam proses menerbitkan versi berbahasa Melayu,” jelasnya, menambah POP juga merancang memperkenalkan lebih banyak buku dalam siri sama, berkisarkan aspek-aspek seperti sentuhan selamat, keselamatan di sekolah dan buli.

“Kami juga merancang mengadakan program jelajah agar lebih ramai kanak-kanak dan ibu bapa dapat akses buku ini.

“Ancaman seperti pedofilia dan eksploitasi kanak-kanak kini semakin nyata. Pendidikan seksual sepatutnya dilihat sebagai benteng pertahanan pertama untuk anak-anak kita. Lagi muda mereka belajar, lagi bersedia mereka untuk menjaga diri sendiri,” ujarnya yang berharap kementerian berkenaan memberi sokongan kepada usaha mereka.

"Buat masa ini buku ini dijual pada harga RM25 senaskah tetapi kami harap dengan sokongan pelbagai pihak, modul ini dapat diedarkan secara percuma nanti," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment