Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

'Islam Is Beautiful' - Patrice Evra Pertahan Islam Apabila Ramai Kaitkan Dengan Keganasan

Respect!

Cover image via SAYS via Squawka

Bekas pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra dengan lantang mengatakan bahawa Islam adalah agama yang indah

Image via as.com

Kenyataan pemain bola sepak Perancis itu dalam satu temubual baru-baru ini mendapat perhatian meluas di media sosial di mana dia hanya mengatakan perkara-perkara yang baik tentang Islam.

Evra yang dibesarkan dalam keluarga katolik melihat semakin ramai orang menyalahkan Islam dalam apa jua kes keganasan. Sejak daripada itu, dia mula mempertahankan Islam dan menentang suara-suara negatif masyarakat.

"Islam adalah agama yang indah," kata Evra

Image via france24.com

Menurutnya, walaupun mendapat tentangan dari ayahnya sendiri, dia tetap teguh dengan kepercayaan tersebut.

"Selepas ayah saya tahu, dia marah saya. Ayah saya Katolik tetapi saya masih mempertahankan kepercayaan saya. Dengan keyakinan yang saya ada, saya boleh menentang ayah, ibu dan kawan saya," katanya lagi.

Ini bukanlah kali pertama Evra menyampaikan perkara-perkara positif mengenai Islam

Evra juga pernah meraikan Hari Raya Aidiladha bersama Paul Pogba pada 2016.

Image via telegraph.co.uk

Pada 2017 selepas serangan di Barcelona, Evra telah meminta orang ramai untuk tidak bercakap buruk terhadap agama Islam dan umatnya.

Beliau percaya bahawa ada pihak yang menggunakan sentimen agama semata-mata untuk mencetus peperangan dan membunuh orang yang tidak bersalah di seluruh dunia.

Semua perkara ini telah diluah oleh Evra menerusi satu posting di Instagram bertarikh 21 Ogos 2017.

"Saya katakan sekali lagi Islam adalah agama yang indah tentang keamanan, tentang membantu satu sama lain. Kita perlu berhenti membaca media. Tuhan tidak menciptakan kita untuk membunuh orang yang tidak bersalah. Hormati setiap agama dan jika anda takut agama tertentu, daripada takut cuba belajar mengenainya dan dengar sebelum anda membuat keputusan. Saya tahu ini hanya pendapat saya, dan dunia ini memerlukan lebih banyak tindakan daripada perkataan," tulisnya.

Selain itu, Evra turut bercakap tentang bagaimana bola sepak dapat memberi mesej positif kepada dunia dan membantu menamatkan isu perkauman

Image via firsttouchonline.com

"Kita perlu mendidik sejak dari mula lagi. Seorang kanak-kanak perlu tahu dari sekarang bahawa perkauman adalah buruk. Kita perlu mendidik. Jika ibu bapa kepada kanak-kanak itu bersifat perkauman, dia akan membesar menjadi seorang bersifat perkauman juga," katanya.

Saksikan temubual penuh di bawah:

Evra mulakan bicara tentang Islam pada minit 2:35.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mohon Evra sampaikan perkara ini kepada rakyat Australia:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment