Isteri 'Melugai' Tengok Rumah Sendiri, Shaheizy Sam Bawa Pindah Hotel Siap Angkut TV
Alahan ni bukan benda yang dibuat-buat ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Alahan pelik semasa trimester pertama mengandung adalah perkara biasa bagi wanita mengandung
Namun, lain orang lain alahannya. Ada yang tida mempunyai apa-apa alahan semasa mengandungkan anak pertama dan kedua. Tetapi terpaksa berdepan dengan pelbagai alahan pelik semasa mengandungkan anak ketiga.
Perkara itu sememangnya terjadi kepada pelakon Syatilla Melvin yang kini sedang hamil anak ketiga pada trimester pertama.
Image via @shaheizy_sam (Instagram)
Dua minggu berlawan dengan emosi dan alahan pelik tak boleh tengok rumah sendiri, sampai terpaksa pindah hotel
Menurut posting yang dimuat naik oleh Syatilla baru-baru ini, dia mengalami alahan yang sangat pelik iaitu tidak boleh melihat rumah sendiri dan sentiasa melugai atau pun loya apabila duduk di rumah.
"Rasa hidup takda kualiti duduk tengok perabot rumah, nak buat semua benda tak jadi, lembik longlai badan," katanya.
Untungnya Syatilla kerana memiliki suami yang memahami seperti Shaheizy Sam, mereka sampai terpaksa berpindah ke hotel buat masa sekarang sehingga alahan itu habis.
"Sanggup bawa TV besar dari rumah supaya tak boring, kalau dah bawa TV maksudnya bukan duduk sekejap eh. Kalini sangat-sangat luar biasa. Rasa serik pun ada. Doakan baby nombor 3 ni sihat sempurna," katanya lagi.
"Macam saya jugak, pregnant tak suka rumah sendiri. Tapi tahan kan je, 3 bulan jugak menumpang rumah mak mentua" - Netizen
Hasil tinjauan di ruangan komen posting Shaheizy Sam, ternyata ramai juga wanita mengandung yang mengalami alahan sama seperti Syatilla.
Malah, ada yang lebih teruk dari itu. Macam-macam alahan yang mereka kongsikan sehingga ada yang tidak boleh tengok langsung pinggan mangkuk di dapur rumah.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:
Image via @shaheizy_sam (Instagram)
Image via @shaheizy_sam (Instagram)
Image via @shaheizy_sam (Instagram)
Image via @shaheizy_sam (Instagram)
Image via @shaheizy_sam (Instagram)
Image via @shaheizy_sam (Instagram)
Image via @shaheizy_sam (Instagram)
Image via @shaheizy_sam (Instagram)
Image via @shaheizy_sam (Instagram)
Image via @shaheizy_sam (Instagram)
Baru tahu rupa-rupanya alahan tak boleh bau rumah sendiri ni sebenarnya memang ada. Stay strong ibu-ibu di luar sana! :(
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment