Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Isu Dakwaan RichWorks Lubuk 'Skim Cepat Kaya', Ini Jawapan Azizan Kepada YouTuber

Semoga isu ini tidak dipanjangkan lagi dan menjadi iktibar kepada semua pihak.

Cover image via Azizan Osman (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

"Ya, RichWorks memang 'skim cepat kaya'," akui pengasasnya, Datuk Wira Dr Azizan Osman menjawab persoalan ditimbulkan YouTuber bernama Jebat Derhaka baru-baru ini

Beliau menjawab 'kontroversi' lancang YouTuber berkenaan petang tadi di Rumah Terbuka ahli keluarganya yang diadakan di kediaman ibu tersayang di Villa Mak Ayah, Taman Kenanga, Tengkera, Melaka.

Selain itu, beliau menegaskan, RichWorks sebenarnya sebagai sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di negara membantu bangsa usahawan membina bisnes sampai jadi kaya.

"Dia (YouTuber) sepatutnya ambil video billboard yang lain di sepanjang lebuh raya yang rata-rata merupakan anak didik kami. Bukan jenama syarikat saya sahaja.

"Jenama seperti Eskayvie, Nurraysa, Anggun Cotton, Chocodap's, Sabella, Noir, Hasnuri dan banyak lagi pun ada di sepanjang lebuh raya," katanya ketika ditanya mengenai video tular dibuat YouTuber berkenaan mempersoalkan kesahihan RichWorks ketika dalam perjalanan balik raya baru-baru ini.

Ikuti video penjelasan mengenai isu berkenaan di bawah:

Bersedia hantar buku '100 Usahawan Jutawan' secara percuma kepada YouTuber itu jika mahukan bukti

Tambah Azizan, YouTuber itu boleh tengok sendiri anak-anak muridnya yang dibina dari kosong sampai jadi jutawan.

"Pergi dapatkan buku yang kita keluarkan tahun lalu.

"Bagi 'adik' (Jebat Derhaka) ini mungkin baru keluar gua gamaknya. Kita ada senarai 100 usahawan di Malaysia yang RichWorks bina.

"Bukti ini ada dalam buku 100 Usahawan Jutawan," jelasnya.

Image via Azizan Osman (Facebook)

Azizan memberitahu, jika YouTuber terbabit mahukan buku itu, pihaknya sanggup menghantarkan secara percuma.

"Malah menteri pun 'endorse' RichWorks dalam Parlimen. Nampak sangat dia duduk dalam gua, baru keluar balik raya, baru nampak billboard itu, kesian.

"Kemudian cakap itu ini, tanpa usul periksa. Sampai ada cakap semua ini gimik semata-mata," ujarnya lagi.

Sementara itu, Azizan sempat berseloroh dengan menyatakan dia adalah 'Tuah'.

"Saya Tuah, Tuah Azizan, siapa yang saya bimbing insyaAllah dia bertuah," katanya.

Image via Azizan Osman (Facebook)

Terdahulu, YouTuber itu mempersoalkan adakah RichWorks ini seperti skim cepat kaya atau pak man telo yang kemudian mendapat perhatian netizen.

Dia bangkit mempersoalkan billboard RichWorks itu sebab mendakwa menjadi tempat lahirnya usahawan jutawan sedangkan nak jadi jutawan ini bukannya mudah.

Rumah Terbuka itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan Isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment