"Jadi Daging Korban" - Salah Azan Bayi Baru Lahir, Ayah Laung Takbir Raya Ini Undang Tawa
Baby tu pun confuse kejap.
Bagi setiap umat Islam, bayi yang baru lahir perlu diazankan oleh ayahnya
Perkara tersebut biasanya dilakukan di telinga kanan bayi tidak kira bayi lelaki atau perempuan. Bacaan tersebut tidak perlu kuat dan cukup sekadar bayi itu dengar.
Namun begitu, baru-baru ini tular video di TikTok tentang seorang ayah salah azankan bayinya yang baru lahir telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak laungkan azan tapi silap jadi takbir raya pula
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang baru saja menjadi ayah memangku bayinya baru lahir di hospital.
Sambil aksinya dirakam oleh isterinya, dia mula ingin melaungkan azan kepada anaknya itu. Namun apa yang lebih melucukan adalah apabila dia bukannya melaungkan azan malah takbir raya itu membuatkan isterinya tergelak kecil.
Isterinya lantas memberitahu "itu takbiran bang, azan bang bukan takbiran". Suaminya kelihatan pelik sambil menyoal semula "azan?"
Image via @robby_thejack05 (TikTok)
"Baby pun jeling kecik besar dekat bapaknya" - Netizen
Ikutan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 17.5M tontonan, 1M tanda suka dan 46K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @robby_thejack05 (TikTok)
Image via @robby_thejack05 (TikTok)
Image via @robby_thejack05 (TikTok)
Image via @robby_thejack05 (TikTok)
Baby tu pun pelik, tahu tahu dah raya! :P
Image via GIPHY
Leave a comment