Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Antara Amalan Sunat & Perkara Ini Boleh Anda Jadikan Sebagai 'Persediaan' Menuju Ramadan

Permudahkan ibadah puasa dan amalan sunat anda dengan aplikasi ini.

Cover image via Vecteezy

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malam bertukar siang, hari berganti bulan, pejam celik kita sudah pun meninggalkan bulan Rejab dan Syaaban

Ini bermakna umat Islam akan menyambut tetamu agung iaitu Ramadan yang saban tahun dinanti dengan penuh kegembiraan dan pengharapan. Antara doa yang tidak lekang di bibir Nabi SAW dan diajarkan kepada kita ialah

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah (berkatilah) kami pada bulan Ramadan."

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Musnad Imam Ahmad ini, dapat difahami bahawa 'persediaan' sebelum tibanya bulan Ramadan adalah lebih penting berbanding 'menyambut' kedatangan bulan itu sendiri, sehingga Baginda SAW menuntut kepada kita supaya mengamalkan doa terbabit bermula daripada bulan Rejab dan meneruskannya sehingga Ramadan tiba.

Image via Adzan Quranic Centre

Nabi SAW berkata: "Manusia sering lalai akan bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadan. Bulan tersebut adalah bulan yang mana diangkat amalan-amalan kepada Allah SWT, maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa."

Sabda Nabi SAW ini memberikan kita gambaran mengenai keadaan umatnya apabila hampir kepada bulan Ramadan. Rata-rata umat Islam lebih fokus kepada 'sambutan' berbanding 'persediaan'.

Masjid-masjid mula dihiasi dengan lampu berwarna-warni, kain rentang sambutan dengan pelbagai ucapan mula dilihat bergantungan dan seperti tahun-tahun sebelumnya di Malaysia, tapak bazar akan disediakan di seluruh pelusuk negeri.

Tidak ketinggalan restoran ternama dan hotel bertaraf antarabangsa akan mula mempromosikan program berbuka puasa dengan pelbagai tawaran istimewa. Televisyen dan radio turut memainkan peranan mereka dalam membuat hebahan dan menyusun siaran.

Jadikan aplikasi Waktu Solat Malaysia sebagai panduan menghadapi bulan Ramadan

Ada beberapa persediaan untuk kita semua bertemu Ramadan, ada beberapa perkara yang boleh diamalkan antaranya ialah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. 

Selain itu kita juga boleh menyemak semula hukum-hukum dan amalan-amalan sunat yang digalakkan ketika berpuasa seperti membaca Al-Quran dan bersedekah.

Disamping itu kita juga boleh memperbanyakkan doa sebagai persediaan membersihkan hati dan jiwa. Mujahadah untuk bangun malam juga merupakan satu persediaan yang baik untuk diamalkan agar fizikal dan mental kita tersedia dengan sangat baik sebeelum menjelangnya Ramadan.

Image via Waktu Solat Malaysia

Persediaan menuju Ramadan menjadi lebih seronok dengan satu aplikasi yang mudah. Antara aplikasi yang sangat di cadangkan adalah Aplikasi Waktu Solat Malaysia. 

Dalam Aplikasi ini ada banyak features yang kita boleh manfaatkan untuk belajar membaca Al-Quran, jadi mudah untuk seseorang itu perbaiki bacaan Al-Quran mereka sebelum datangnya Ramadan.

Marilah kita sama-sama menjadikan Aplikasi Waktu Solat Malaysia sebagai panduan dan semangat untuk kita belajar secara berterusan membaca Al-Quran. 

Insya-Allah, dengan cara itu kita akan sentiasa upgrade cara pembacaan kita semua. Jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia secara PERCUMA supaya kita dapat membaca Al-Quran dengan mudah dan lebih enjoy.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment