[RASMI] Mike Tyson Tewas Di Tangan Jake Paul Dalam Perlawanan Tinju
Perlawanan tinju itu diadakan di Stadium AT&T, Texas, Amerika Syarikat dengan siaran langsung boleh ditonton di Netflix.
Buat julung-julung kalinya, Jake Paul akhirnya memenangi perlawanan tinju menentang peninju legenda, Mike Tyson yang diadakan di Texas, Amerika Syarikat hari ini
Image via Netflix
Untuk rekod, Tyson kembali ke gelanggang buat kali pertama selepas 19 tahun untuk aksi tinju yang dinanti-nantikan tahun ini di Stadium AT&T.
Paul yang terkenal menerusi platfrom YouTube mula aktif bertinju sejak empat tahun lalu.
Menjelang pertarungan ini, Paul banyak melemparkan provokasi terhadap Tyson yang mempunyai rekod 50 kemenangan dengan 44 daripadanya ialah K.O dan hanya tewas enam kali sahaja sepanjang kariernya.
Tyson pernah menjulang gelaran juara heavyweight dari tahun 1987 dan 1990 dan memenangi perlawanan beliau yang pertama seawal usia 19 tahun.
Pertarungan ini merupakan aksi tinju pertama disiarkan secara langsung oleh penyedia platform Netflix.
Terdahulu, Tyson bertindak menampar Paul ketika kedua-duanya bertentang mata pada sesi timbang berat di Arlington, Texas
Image via REUTERS
Tyson menunggu Paul untuk melakukan pertemuan kali terakhir sebelum pertarungan bermula hari ini apabila Paul merangkak ke arah Tyson sebelum berdepan dengan legenda tinju itu.
Tyson tanpa menunggu lama terus menampar Paul sebelum mengundur bagi mengelak insiden itu menjadi lebih serius.
Difahamkan ketika itu, Tyson hanya memakai sarung kaki manakala Paul memakai kasut. Paul dilihat sengaja memijak jari kaki Tyson.
Tonton sedutan video perlawanan tinju membabitkan Jake Paul dan Mike Tyson di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment