Jakel Perkenal Kempen 'Raya Mendonia' 2025, Tampilkan 10 Duta Popular Promosi Baju Raya
Jakel turut menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Gedung tekstil terkemuka negara, Jakel, memperhebatkan kempen 'Raya Mendonia' 2025 dengan melantik 10 duta bagi mempromosikan kepelbagian pakaian sempena sambutan Aidilfitri tahun ini
Lebih menarik, menerusi pengumuman barisan duta-duta berkenaan, Jakel bakal menawarkan rekaan pakaian terbaharu berteraskan material berkualiti menerusi label masing-masing.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, antara duta dipilih memperagakan produk raya Jakel 2025 ialah Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna seisi keluarga, Senariounion, tiktoker Sallywho seisi keluarga termasuk Upin & Ipin.
Image via Jakeltextile (Facebook)
"Untuk makluman, tahun ini, koleksi pakaian ditawarkan lebih berkualiti, di mana fabrik diguna pakai lebih tebal tidak panas, mudah kering selain 'breathable' kebolehnafasan, jahitan yang lebih kemas dan lebih rapi.
"Seperti kita tahu, Jakel adalah produk untuk semua. Di mana kita menyediakan produk untuk semua golongan meliputi pelbagai lapisan peringkat umur. Ini bermakna ibu, ayah, remaja, dewasa dan kanak-kanak dapat menikmati produk berkualiti pada harga penjimatan.
"Ini kerana, kita mahu pastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan produk ditawarkan sekali gus tidak akan melupakan pengalaman serta memori apabila berbelanja dengan kami, secara tidak langsung terungkaplah tagline kami iaitu 'Jakel, Barulah Raya'," katanya sempena pelancaran kempen Raya Mendonia 2025 bersama Jakel.
Image via Jakeltextile (Facebook)
Image via https://www.facebook.com/Jakeltextile
Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49
Menurut Mohamed Faroz, inisiatif pengumuman duta serta pelancaran kempen tersebut adalah persediaan awal bagi membuka peluang kepada pelanggan memilih pakaian berteraskan rekaan trend terkini dan pilihan warna lebih segar.
"Untuk tahun ini, kita turut menawarkan pakaian dengan warna popular dan terkini seperti, Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia dan Powder Blue.
"Kita juga akan menampilkan harga rakyat iaitu dengan menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49, selain baju Melayu Fattah Amin pada RM149 termasuk samping percuma bernilai RM99," jelasnya.
Image via Jakeltextile (Facebook)
Image via Jakeltextile (Facebook)
Mengulas berhubung aspek jualan dan sasaran, beliau memberitahu, pihaknya menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 20 hingga 30 peratus berbanding tahun lalu.
"Bagi mencapai matlamat tersebut kita turut meningkatkan bilangan baju sebanyak sejuta pasang bagi ibu, bapa dan selain 1.5 juta pasang untuk pakaian sedondon," katanya.
Dalam pada itu, ujarnya lagi, seperti tahun sebelum, para pelanggan tidak perlu risau tentang keselesaan ketika mengunjungi gedung Jakel.
"Ini kerana kami menyediakan lebih 2,700 ruang parkir selain surau dan tandas khusus untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan," kongsinya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Leave a comment