"Janda Baik Keras" - Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Seram 'Bawa Balik' Bunian Bernama Melor
Bila pergi mana-mana tempat khususnya kawasan berhutan, seeloknya kita jaga pertuturan dan perbuatan.
Pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah merasai pengalaman mistik dan menyeramkan ketika atau selepas pergi ke sesuatu tempat yang asing
Image via Libur
Mungkin nasihat seperti "jaga diri, jangan tegur kalau nampak benda pelik-pelik", "jaga mulut", "jangan seronok sangat" dan banyak lagi sering didengar oleh kita lebih-lebih lagi ketika pergi bercuti atau berjalan khususnya di kawasan berhutan.
Nasihat tersebut tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengingatkan kita agar sentiasa berjaga-jaga dan mengelak daripada 'dikacau' oleh makhluk lain.
Di Twitter, seorang pemuda telah berkongsikan pengalamannya bersama rakan-rakan yang menyeramkan ketika bercuti di Janda Baik, Pahang
Image via Twitter @4neppp
Menurut kisah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter benama @4neppp ini, dia dan rakan-rakannya pernah membawa balik bunian bernama Melor selepas pergi ke sebuah kawasan yang terletak di Janda Baik.
Perkongsian itu telah mendapat lebih daripada hampir 13 ribu retweets dan lebih 20 ribu tanda suka ketika artikel ini ditulis.
Untuk mengetahui kisah sepenuhnya, teruskan membaca di bawah:
Dia berkata, ketika mereka dalam perjalanan ke Janda Baik, semuanya kelihatan sangat gembira dan seronok
Kisah seram bermula apabila rakannya yang bernama Amin mendengar seolah-olah ada 'orang' masuk ke dalam sungai di malam hari dan kemudian bertindak menegurnya
Perasan ada 'budak' ikut balik
Dugaan bertambah apabila kereta tidak boleh dihidupkan untuk seketika
"Amin ni dia ada tegur ‘budak’ tu kat seat belakang"
Mula panggil ustaz
Amin dah mula elok sedikit
"Apa pun, semua makhluk di dunia ini ciptaan ALLAH SWT, semoga kisah ini sedikit sebanyak dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua."
Image via SAYS Seismik
Baca lebih banyak kisah seram di sini:
Leave a comment