Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Jonathan Majors 'Dipecat' Marvel Selepas Sah Didapati Bersalah Serang Bekas Teman Wanita

Majors bakal dijatuhkan hukuman penjara selama setahun pada 6 Februari 2024 .

Cover image via Marvel

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Marvel menyingkirkan pelakon villain sensasi, Jonathan Majors, 34, daripada koleksi adiwiranya selepas dia disabitkan kesalahan menyerang dan mengganggu bekas kekasihnya, Grace Jabbari

Menurut sumber, Majors yang memegang karakter Kang the Conqueror dalam sekuel Marvel berkemungkinan berdepan hukuman penjara selepas didapati bersalah atas kes terbabit.

Dia mula diperkenal Marvel menerusi watak itu dalam filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania awal tahun ini.

Dia sepatutnya dijadualkan muncul dalam sekurang-kurangnya dua lagi filem Avengers. Bagaimanapun, studio itu tidak akan teruskan khidmat Majors lagi.

Jonathan Majors memegang watak Kang the Conqueror dalam filem terbitan Marvel.

Image via Forbes

Majors bakal dijatuhkan hukuman penjara selama setahun pada 6 Februari 2024

Panel juri di sebuah mahkamah di New York mendapati pelakon Marvel, Jonathan Majors bersalah atas tuduhan menyerang bekas teman wanitanya awal tahun ini.

Keputusan itu dicapai oleh panel enam juri selepas perbincangan empat jam dalam tempoh tiga hari.

Mahkamah menetapkan 6 Februari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes dan Majors menghadapi hukuman penjara selama setahun.

Sebelum ini Majors menghadapi empat tuduhan menyerang Grace Jabbari yang ditemui tidak sedarkan diri dalam rumah mereka pada 25 Mac lalu.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan berkenaan.

Jonathan Majors ketika tiba di Mahkamah Jenayah Manhattan di New York, AS.

Image via Reuters

Dalam keterangannya di mahkamah, Jabbari mendakwa serangan itu bermula di dalam sebuah kereta selepas mendapati Majors berlaku curang.

Ketika itu, Majors menerima pesanan ringkas dari seorang wanita lain dan apabila Jabbari cuba mengambil telefon bimbit tertuduh, dia telah diserang beberapa kali.

Jabbari mendakwa dia juga ditarik masuk ke dalam kereta selepas cuba melarikan diri.

Namun peguam Majors, Priya Chaudhry mendakwa Jabbari yang menyerang Majors di dalam kereta berkenaan selepas mendapati baju Majors terkoyak.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan Jabbari berlari ke arah Majors selepas tertuduh keluar dari kereta berkenaan.

Kad kredit Majors juga didapati digunakan Jabbari di sebuah kelab malam untuk membeli alkohol selepas insiden dalam kereta itu berlaku.

Majors dikatakan telah tidur di sebuah hotel selepas meninggalkan kereta berkenaan dan apabila pulang ke rumahnya pada keesokan hari, dia mendapati Jabbari tidak sedarkan diri dan terus memanggil 911.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment