Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

JPJ Panggil Semula 3,722 Kereta Perodua Alza, Aruz, Motosikal Honda CB350RS Keluaran 2024

Mana-mana komponen terbabit dengan isu itu akan digantikan dengan kos ditanggung pihak syarikat pengeluar kenderaan berkenaan.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan Perodua Alza, Aruz dan motosikal Honda CB350RS keluaran 2024, kerana tidak mematuhi peraturan spesifikasi ditetapkan

Menerusi dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata ia membabitkan sebanyak 2,518 kereta Perodua Alza 1500 x (CVT), 1500 H (CVT) dan 1500 AV (CVT), 1,139 Perodua Aruz 1500 X dan 1500 AV kerana berkaitan masalah ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi.

Katanya, bagi 65 motosikal Honda CB35ORS pula berkaitan permasalahan pada sensor kelajuan roda menyebabkan sistem brek antikunci (ABS), 'traction control' dan meter had laju tidak tepat.

"Setiap pemilik kenderaan terbabit akan dihubungi Perodua Manufacturing Sdn Bhd (Perodua) dan Boon Siew Honda Sdn Bhd (Boon Siew Honda).

"la bagi proses penyelarasan slot pemeriksaan kenderaan masing-masing atau pemilik kenderaan turut dibenarkan hadir secara 'walk-in' ke mana-mana pusat servis pusat servis yang berhampiran di seluruh negara," katanya.

Malah, mana-mana komponen terbabit dengan isu itu akan digantikan dengan kos ditanggung pihak syarikat pengeluar kenderaan berkenaan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Majoriti

Gambar sekadar hiasan.

Image via Indian Auto Blog

Beliau memberitahu, semua pemilik kenderaan model berkenaan diminta membuat perancangan bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin.

Tambahnya, berhubung maklumat lanjut berkenaan proses pemanggilan semula itu, pemilik kenderaan boleh mengunjungi mana-mana pusat jualan atau perkhidmatan Perodua dan Boon Siew Honda berdekatan.

Manakala, bagi pemilik Perodua, mereka boleh talian,1-800-88-6600 atau melayari https://www.ufirst.com.my/member/login atau melalui aplikasi U-First.

Sementara untuk Boon Siew Honda, pelanggan boleh menghubungi talian 1-800-88-3993 (BSH Customer Care Line) atau melayari https://boonsiewhonda.com.my/after-sales/recall-campaign/.

JPJ akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula itu dan komited memastikan kesemua unit kenderaan terbabit akan menjalani pemeriksaan dan disahkan selamat.

Image via Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Facebook)

Image via Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment