Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Juruterbang Lion Air JT-610 Punyai Pengalaman Hampir 8 Tahun & Lebih 6,000 Jam Penerbangan

Pesawat yang dikenalikan Kapten Bhavye terhempas ke laut selepas gagal melakukan pendaratan di air, selepas 13 minit berada di udara pada kedudukan koordinat S 5’49.052" E 107’ 06.628" di perairan Karawang.

Cover image via Liputan6.com

Pesawat Lion Air JT-610 yang dalam penerbangan dari Jakarta-Pangkal Pinang (Bangka Belitung) yang terhempas di sekitar perairan Daerah Karawang diterbangkan oleh Kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino

Image via Liputan6.com

Mengikut laman Liputan6.com, Kapten Bhavye telah memulakan kerjayanya bersama Lion Air sejak Mac 2011 iaitu selama 7 tahun 8 bulan dengan jumlah 6,000 jam penerbangan.

Juruterbang terbabit yang berasal dari Delhi, India, sebelum itu berperanan sebagai juruterbang pelatih bersama penerbangan Emirates, Dubai selama empat bulan, dari September hingga Disember 2010.

Image via Liputan6.com

Beliau telah mendapatkan lesen penerbangan daripada Bel-Air International, sebuah sekolah penerbangan di San Carlos, California, Amerika Syarikat bermula dari 2007 hingga 2009.

Pesawat yang dikenalikan Kapten Bhavye terhempas ke laut selepas gagal melakukan pendaratan di air, selepas 13 minit berada di udara pada kedudukan koordinat S 5’49.052" E 107’ 06.628" di perairan Karawang.

Image via Liputan6.com

Menurut laporan, penerbangan yang membawa 188 penumpang dan anak kapal itu, terdiri daripada 178 penumpang dewasa, seorang kanak-kanak dan seorang bayi

Pesawat itu turut membawa tiga orang pramugari pelatih dan seorang juruteknik. Selain juruterbang dan pembantu, enam anak kapal yang turut berada di dalam pesawat itu dikenal pasti sebagai Shintia Melina, Citra Novita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikha, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda, dan Deny Maula.

Reaksi keluarga penumpang Pesawat Lion Air JT-610.

Image via SAYS

Menurut Ketua Bahagian Kerjasama dan Humas Direktorat Jeneral Perhubungan Udara, Sindu Rahayu, pesawat terbabit sempat meminta return to base sebelum akhirnya hilang dari radar.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Laporan penuh DI BAWAH:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment