Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kalau Datang Langkawi, Jangan Lupa Singgah Ke Pulau Tuba! Ini Antara 7 Tarikan Istimewanya

Alang-alang dah boleh rentas negeri ni, jomlah explore Pulau Tuba pula.

Cover image via Wikimedia Commons

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pulau Langkawi merupakan destinasi pelancongan utama bagi rakyat Malaysia pada masa kini

Semenjak pengumuman boleh merentas negeri, ramai yang dilihat sudah mula menyerbu pulau-pulau cantik di serata Malaysia termasuklah Pulau Langkawi.

Bukan saja pilihan hotel dan resort yang menarik, malah terdapat banyak tempat-tempat terbaru yang menjadi tarikan para pelancong luar.

Tidak terkecuali dengan Pulau Tuba yang berada bersebelahan dengan Pulau Dayang Bunting. Ramai yang masih belum tahu bahawa Pulau Tuba juga merupakan salah satu tempat pelancongan yang boleh anda singgah.

Oleh itu, kami akan kongsikan beberapa tempat menarik yang anda boleh singgah apabila pergi ke Pulau Tuba nanti:

1. Pantai Pulau Tuba

Image via DRSINGADOTCOM

Pantai Pulau Tuba ini memberikan suasana tenang terutamanya pada waktu petang. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di pulau yang indah ini adalah bermandi-manda bersama kawan-kawan atau keluarga.

2. Tanjung Pandan

Image via Foursquare

Tanjung Pandan merupakan sebuah tempat yang menarik bagi anda yang gemar memancing. Selain itu, ia juga merupakan syurga bagi mereka yang suka menyelam dan snorkeling. Kalau anda inginkan suasana yang memukau, kunjungilah tempat ini pada waktu senja.

3. Mee Udang dan Ketam Tanjung Pandan

Image via Chalet Tokwan

Anda peminat tegar mee udang dan ketam? Di sinilah syurganya! Kebanyakan pengunjung yang pernah ke sini akan mengatakan bahawa ia benar-benar sedap. Bayangkan menikmati pemandangan laut di depan mata sambil makan mee udang dan ketam, nikmat tak terkata!

4. Tuba Beach Resort

Image via Tuba Beach Resort (Facebook)

Tuba Beach Resort menawarkan kawasan pantai peribadi yang privasi. Anda boleh menikmati pemandangan lautnya yang indah hanya melalui dalam bilik. Ia juga menawarkan Wi-Fi dan tempat letak kenderaan percuma. Kolam mandinya juga besar dan boleh dikatakan infinity pool kerana boleh melihat pantai di depan mata. Memang cantik!

Image via Tuba Beach Resort (Facebook)

Image via Tuba Beach Resort (Facebook)

5. Jeti Pulau Tuba

Image via Wikimedia Commons

Jeti Pulau Tuba sangat terkenal di Langkawi, Kedah selain Jeti Kuah. Anda berpeluang menaiki bot sambil melihat keindahan air laut yang biru kehijauan di sekelilingnya. Jangan lupa bergambar jika anda sampai ke sana kerana ia merupakan port wajib tau.

6. Hutan Simpan Pulau Tuba

Image via Ammboi

Walaupun anda mungkin tidak gemar aktiviti jungle trekking, anda boleh bersiar-siar melalui Hutan Simpan Pulau Tuba. Hutan simpan ini akan membuatkan pencinta alam semula jadi terpesona dengan pemandangan panorama hutan dan pelbagai keunikan bentuk batu-batuan dari zaman purba.

7. Gua Kelawar

Image via Kamal Ibrahim (YoutuTube)

Selain gua kelawar di Kilim Geoforest Park, Pulau Tuba juga mempunyai populasi kelawar yang besar di Malaysia. Anda pasti kagum melihat banyak kelawar yang tergantung dan senyap di dalam gua ini. Tetapi, anda perlu mendiamkan diri dan tidak menyalakan cahaya besar di dalam gua kerana akan memudaratkan kelawar. Terdapat lebih 1,000 ekor kelawar menghuni di dalam gua ini.

Siapa yang sudah membeli tiket ke Langkawi tu jangan lupa singgah ke Pulau Tuba okay? Selamat bercuti! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment