Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Kalau Itu Rezeki Saya, Alhamdulillah" - TokTi Tak Tolak Jika Diberikan Gelaran Biduanita

TokTi memang dah layak pun jika diberikan betul tak?

Cover image via Nany Rahman / SAYS Seismik

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebut saja mengenai penyanyi nombor satu negara, pasti kita sudah terfikir tidak lain tidak bukan nama Dato' Sri Siti Nurhaliza

Untuk makluman anda, Dato' Sri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan panggilan TokTi bakal membuat persembahan di Loop Music Festival yang akan diadakan di Axiata Arena pada Sabtu 11 Mei nanti.

Beliau dalam temu bual bersama rakan media memberitahu segala persiapan sudah dilakukan dan berharap ia akan berjalan dengan lancar pada persembahan itu nanti.

Ditanya mengenai tentang pembawakan lagu yang akan dipersembahan pada konsert itu nanti, TokTi memberitahu beliau akan membawa lagu-lagu yang peminat mengenali dari awal karier beliau.

"Lagu-lagu yang peminat mengenali saya daripada awal, pelbagai rentak yang saya akan menyanyikan pada malam tersebut.

"Insyaallah saya cuba sesuaikan dengan semua generasi yang ada malam itu," katanya dalam sidang media di Crancky Studio.

Tambahnya, beliau juga berbesar hati kerana dijemput membuat persbahan di Loop Music Festival itu.

Dato' Sri Siti Nurhaliza ketika temu bual bersama rakan media di Crancky Studio.

Image via Nany Rahman / SAYS Seismik

Tak tolak jika rezeki diberi gelaran biduanita negara

Umum sedia maklum jika sebelum ini Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ada memberitahu bahawa pihaknya kini sedang meneliti cadangan penganugerahan gelaran Biduanita Negara kepada penyanyi nombor satu negara itu.

Semasa ditanya media adakah TokTi bersedia jika diberikan gelaran itu, beliau menjawab jika itu rezekinya dia tidak menolak untuk menerimanya.

Namun, beliau tidak mahu mengharap lebih buat masa ini dan mahu fokus pada karier seninya.

"Kalau sampai masanya, sampai rezeki saya, saya dapat, dapat. Alhamdulillah," katanya.

Loop Music Festival bakal menghimpunkan lagenda-lagenda ikonik negara bersama para pendominasi carta-carta muzik tempatan.

Antara barisan artis terkenal tanah air yang bakal membuat persembahan adalah Dayang Nurfaizah, XPDC, Masdo, Insomniacks, Aisha Retno, Noraniza Idris, Sufian Suhaimi dan ramai lagi.

Image via @loop.music.festival (Instagram)

Image via @loop.music.festival (Instagram)

Lihat video penuh temu bual itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment