Kalau Nak 'Window Seat' Jangan Beli Seat Ini... - Wanita Ini Dedah Tips Pilih Tempat Duduk
Kalau naik flight mesti semua orang berebut nak duduk tepi tingkap.
Setiap orang mempunyai pilihan kerusi tersendiri bila dalam kapal terbang bukan? Ada yang suka duduk tepi tingkap, ada yang tak suka dan sebagainya.
Ada orang suka duduk di bahagian depan sebab ada ruang yang lebih luas, ada pula yang sukakan 'aisle seat' sebab senang nak bergerak atau minta bantuan pramugari sepanjang perjalanan.
Namun, tempat duduk yang paling popular tentunya di bahagian tingkap kerana boleh lihat pemandangan. Betul ke?
Image via Google
Tapi tahukah anda bahawa tak semua 'window seat' ada pemandangan tingkap?
Seorang wanita berkongsi di laman Twitter mendedahkan mengenai tempat duduk window seat dalam kapal terbang yang sedikit unik kerana ketiadaan tingkap di sebelahnya.
Jadi untuk mengelakkan orang ramai berasa kecewa dengan tempat duduk tersebut, maka dia berkongsi tip memilih window seat yang betul.
"Jika anda mahu duduk tepi tingkap, jangan beli tempat duduk 8A. Ini bukan scam ok," tulis wanita itu.
Image via Twitter
Ternyata perkongsiannya itu mendapat banyak respon dari warganet. Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat 8.9 ribu ulang kicau dan dan 9.2 ribu tanda suka.
Apa yang menarik perhatian adalah respon netizen di ruangan komen:
Selain itu, netizen juga turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah duduk di kerusi tersebut
Susulan itu, ada juga netizen yang berkongsi tip untuk melihat tempat duduk di dalam pesawat supaya tidak tersalah pilih
Semoga selepas ini anda semua tidak tersalah memilih tempat duduk ya!
Baca juga artikel ini:
Leave a comment