Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kedai Emas Perling Sumbang 1,000 Kampit Beras & Bubur Lambuk Buat Komuniti Setempat

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang memerlukan.

Cover image via Kedai Emas Perling

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebajikan buat golongan yang memerlukan berterusan dilaksanakan terutama dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini

Menyedari keperitan dan kesusahan orang ramai di luar sana dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, syarikat Kedai Emas Perling menganjurkan inisiatif pengagihan 1,000 kampit beras untuk 1,000 keluarga asnaf dan mereka yang memerlukan.

Menurut pengasas Kedai Emas Perling, Nurul Aini Muslim, program Kedai Emas Perling Prihatin ini bertujuan untuk meringankan beban mereka di masa yang sukar dan memperlihatkan komitmen pihaknya dalam memberi kembali kepada masyarakat.

“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk menyokong komuniti tempatan, terutama mereka yang menghadapi cabaran ekonomi.

“Dan kami memilih untuk sumbangkan beras kerana faham akan harganya yang semakin mahal, jadi kempen ini sedikit sebanyak dapat membantu,”
katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Image via Kedai Emas Perling

Image via Kedai Emas Perling

Image via Kedai Emas Perling

Luah rasa syukur di kala keadaan ekonomi semakin meruncing, perniagannya masih berada pada landasan yang selamat

“Alhamdulillah dengan ilmu yang betul dan pentingnya mengikut perkembangan semasa, jumlah jualan kami semakin meningkat setiap bulan.

"Malah jenama Kedai Emas Perling juga semakin dikenali. Dan sebab itu kami mahu berkongsi rezeki yang diberi dengan mereka yang memerlukan,” kongsinya.

Tambah Nurul Aini lagi, dia pernah menghadapi krisis kejatuhan tahun lalu dan hampir menutup perniagaannya. Namun, begitupun dia terus mempraktikkan ilmu baharu supaya perniagaannya terus trending.

Pengasas Kedai Emas Perling, Nurul Aini Muslim.

Image via Kedai Emas Perling

“Pada bulan September tahun lalu, jualan mengalami kejatuhan 30 peratus dan saya tak mampu membayar gaji pekerja. Saya terfikir untuk tutup kedai dan berniaga di tepi jalan. Namun saya bertekad dan cuba ubah strategi perniagaan mengikut arus semasa, lebih aktif di talian. Sebelum ini kami hanya ada bergantung kepada kedai fizikal jadi jumlah pelanggan agak terhad.

“Saya perkuatkan tulang belakang dengan terlibat dalam semua platform marketing, malah ada team yang menguruskan jualan di atas talian. Dan syukur selepas beberapa bulan, momentum jualan bergerak lancar. Kini kami dalam fasa pergiat tambah sasaran jualan,” ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment