Kenali Kisah Di Sebalik 6 Tiang Di Raudhah Yang Merupakan Tempat Mustajab Untuk Berdoa
Doakan supaya semua umat Islam diberikan rezeki untuk masuk ke Raudhah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti umum ketahui, Raudhah adalah salah satu taman syurga di dunia dan juga tempat mustajab untuk berdoa
Ada segelintir pengunjung yang sanggup tolak menolak, sampai kadang kala ada yang sanggup memijak kepala jemaah yang lain semata-mata untuk mendapatkan tempat di ruangan yang ada.
Tahukah anda, di sana terdapat enam tiang yang penting dan kisah tersendiri pada zaman Rasulullah SAW.
Jadi lepas ini kalau ada rezeki masuk ke Raudhah, anda dah tahu mana nak dituju.
Image via Sinar
1. Tiang Muhallaqah
Image via Qasswa Travel & Tours
Dulunya, tiang tersebut merupakan pokok kurma. Batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta kerana dia tidak mahu ditukarkan dengan batang pokok yang baru.
Lalu Nabi Muhammad berkata pada pokok tersebut, "engkau akan kekal dengan aku di syurga dengan batang pokok yang seperti ini", barulah pokok kurma ini diam dan ditukar dengan tiang baru.
Tiang ini dikenali sebagai tiang wangi.
2. Tiang Abu Lubabah
Image via Facebook
Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yang telah melakukan kesilapan dengan berbohong dengan Nabi Muhammad.
Akibat rasa bersalah, dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. Tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah.
3. Tiang Aishah
Image via Facebook
Tiang di mana tempat Nabi Muhannad selalu mengerjakan solat Tahajjud dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga disukai oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.
Kalau masuk ke kawasan ini, cubalah untuk solat di tepi atau belakang tiang ini. Jangan lupa juga untuk perbanyakkan doa.
4. Tiang Wufud / Deligasi
Image via Al-Waqar Travel Sdn Bhd
Di kawasan tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad untuk berjumpa dengan pemimpin dari deligasi luar yang datang ke Madinah untuk berjumpa dengan Baginda.
5. Tiang Ali/ Pengawal
Image via Facebook
Tiang ini digunakan pengawal sebagai pos kawalan untuk mengawal rumah Nabi Muhammad SAW, di mana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali.
6. Tiang Sarir
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment