Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kenali Tun V.T. Sambanthan, Perdana Menteri Malaysia Satu Hari - "Tokoh Kemerdekaan"

Beliau juga merupakan orang yang dipercayai Tunku Abdul Rahman.

Cover image via @saysseismik.ig (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti anda pernah mendengar nama V. T. Sambanthan bukan?

Sempena Hari Malaysia tidak lama lagi, jom kenali beliau yang merupakan watak utama dalam mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dahulu.

Image via Wikipedia

Signboard Jalan Tun Sambanthan didedikasikan untuk beliau. Tapi kenapa?

Image via Buletin TV3

Anak kelahiran Sungai Siput, Perak ini turut digelar tokoh kemerdekaan. Nama sebenarnya Thirunyanasambanthan anak lelaki Veerasamy dan lahir pada 16 Jun 1919.

Bapa kepada Tun Sambanthan antara penanam pokok getah terawal di Sungai Siput dan merupakan pemilik beberapa ekar ladang.

Selepas melanjutkan pelajaran di Universiti Annamalai, India untuk Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam jurusan ekonomi, beliau mula berjinak dalam bidang politik.

Beliau telah berjaya membawa suara masyarakat India Tanah Melayu dalam rundingan menuntut kemerdekaan.

Salah seorang daripada 'The Founding Fathers of Malaysia'

Tun Sambanthan dikatakan didesak untuk memegang jawatan presiden Malaysia Indian Congress (MIC) pada 1955. Kritikan terhadap beliau ketika itu telah ditangani dengan tenang lalu dipuji Tunku Abdul Rahman.

Tun Sambanthan juga merupakan perunding yang bagus dan sentiasa memastikan kehendak kaum India terjamin. Latar belakang beliau sebagai anak pemilik estet telah membuatkan beliau selalu fokus kepada kebajikan kelas pekerja di ladang.

Beliau mementingkan toleransi, keharmonian dan kerjasama pelbagai bangsa, kaum dan merupakan pengikut ajaran Mahatma Gandhi yang mempraktikkan anti-keganasan.

Pada sekitar 1956-1957, Tun Sambanthan bersama Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Chen Lock diangkat sebagai watak utama kepada tercapainya hari bersejarah 31 Ogos 1957.

Pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama satu hari

Image via @saysseismik.ig (Instagram)

Mungkin ramai yang belum tahu, dalam sejarah negara terdapat rekod bahawa Tun Sambanthan pernah menjadi Perdana Menteri selama satu hari.

Namun, perkara ini bukan sesuatu yang perlu diraikan. Beliau menjadi Perdana Menteri sementara sehari pada 3 Ogos 1973 kerana ketika itu Perdana Menteri, Tun Razak berada di Kanada. Manakala, timbalannya, Tun Dr Ismail meninggal dunia.

Berikut merupakan portfolio sepanjang penglibatan beliau dalam politik:

  • Menteri Kesihatan (1957-1959)
  • Menteri Kerja Raya, Pos & Telekomunikasi (1959-1971)
  • Menteri Perpaduan Nasional (1972-1974)
  • Perdana Menteri sementara untuk sehari pada Ogos 1973

Tubuhkan Sekolah Mahatma Gandhi di Perak

Image via The Community Chest

Pada tahun 1954, Tun Sambanthan telah menubuhkan sebuah sekolah Tamil bernama Mahatma Gandhi Kala Salai di estet beliau. Sekolah tersebut masih beroperasi sehingga kini di Sungai Siput, Perak.

Inisiatif ini bertujuan memberi pelajaran kepada anak-anak pekerja di estet supaya berpeluang mempelajari bahasa Inggeris kerana pada masa itu Tun Sambanthan telah bersetuju untuk memasukkan pelajaran bahasa Inggeris ke dalam semua sekolah Tamil di Perak.

Tun Sambanthan kembalikan tarian singa setelah di banned kerana Peristiwa 13 Mei

Image via Kata Malaysia

Menteri Perpaduan Nasional for a reason! Kerajaan telah melarang tarian singa milik kaum Cina kerana terdapat ketegangan antara kaum yang tinggi selepas insiden 13 Mei 1969.

Menurut sumber, Tun Sambanthan sebagai Menteri Perpaduan Nasional ketika itu telah mengambil pendekatan dengan mengajak pemimpin kaum Cina ke Genting untuk berunding bagi meredakan situasi.

Hasil perbincangan tersebut, sekatan kerajaan ke atas tarian singa telah ditarik demi kesedaran mempertahankan budaya kaum-kaum yang ada di Malaysia.

Sering dilihat memakai Dhoti

Image via @saysseismik.ig (Instagram)

Tercetus kontroversi apabila beliau dilihat memakai pakaian Tamil iaitu Dhoti semasa dilantik di Majlis Perundangan Persekutuan.

Pakaian itu dikatakan 'taboo' pada zaman British. Namun, beliau berkeras dan berkata "Ini akan membuatkan orang kebanyakan merasa gembira".

Selepas dilantik sebagai Menteri Buruh, beliau masih memakai pakaian tradisional itu ke mana sahaja beliau pergi.

Nama diabadikan pada stesen LRT Tun Sambanthan dan Wisma Tun Sambanthan

Image via @saysseismik.ig (Instagram)

Pada 1979, Tun Sambanthan menghembuskan nafas terakhir di usia 59 tahun akibat serangan jantung.

Beliau disemadikan di kampung kelahirannya di Sungai Siput, Perak.

Banyak lagi cerita tentang sumbangan Tun V.T. Sambanthan kepada Malaysia. Semoga pengorbanan beliau tidak dilupakan generasi sekarang dan akan datang.

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment